COVID-19 LINK WORLDWIDE
Melihat data statistik, menggambarkan pasukan kesihatan terpaksa memburu mereka yang positif, kemudiannya melihat nisbah pesakit positif dengan kematian. Semakin lajunya perburuan sepertimana data pada link, menunjukkan semakin banyaknya jumlah yang didapati positif atau dengan kata lain, semakin ramainya disaring, maka semakin ramai dikesan positif COVID-19. Data juga menunjukkan, jika perburuan kurang atau proses saringan rendah, maka jumlah yang didapati positif juga rendah. Maknanya, negara-negara yang didapati jumlah rakyat mereka positif rendah, tidak semestinya transmisi di negara mereka rendah. Apa yang pasti, semakin tingginya perburuan, maka semakin ramai juga akan tersaring, menerusi yang tersaring itu, maka nisbah kematian atau sembuh dibandingkan.
Di Malaysia setakat 2 April, sebanyak 3116 kes positif, atau 0.00094% daripada jumlah penduduk atau 94 setiap 1juta, Berbanding di Amerika 0.071% atau 706 setiap 1juta. Di Italy pula, 0.184% atau 1840 setiap 1juta. Di Indonesia, untuk sementara sukar diulas, memandangkan kurangnya perburuan atau saringan dijalankan.
Apa kah transmisi COVID-19 reda pada sesebuah negara, sangat bergantung kepada tindakan pemburuan dan saringan. Jika perburuan tinggi yang bermaksud juga saringan tinggi, dan apabila didapati berkurang atau menurunnya jumlah kes positif, maka boleh lah dikatakan transmisi/jangkitan semakin diputuskan, tanda-tanda itu, akan dapat dilihat pada data statistik seperti pada pautan di atas.
Tabel yang disertakan pada update kali ini, berasaskan data 2 April, 2020 untuk negara-negara terpilih. Melihat daripada data tersebut untuk negara-negara terpilih, nampaknya, kematian di Malaysia adalah 16 orang setiap 1000 kes, di Italy, negara paling teruk 119 kematian setiap 1000 kes.
No comments:
Post a Comment