Saturday, April 04, 2020

COVID-19- SEDIKIT ANALISIS


Tabel daripada negara-negara terpilih untuk melihat kedudukan negara kita dalam era edan serangan virus pembunuh COVID-19.

Setakat pukul 1.30 petang, 4 April, 2020 sejumlah 1,099,771 kes, kematian 59,197 sementara yang sembuh 228,975.

Di negara kita kadar kematian berbanding kes positif adalah 16 orang setiap 1000 kes, berbanding Italy-122, UK,95, Amerika Syarikat-27, sementara nisbah yang sembuh di Malaysia 248 orang setiap 1000 kes, di Italy 165, UK-4, Amerika Syarikat-44.

Negara jiran kita Indonesia, yang diragui rekod jangkitan, nisabah kematian adalah 91 setiap 1000 kes, manakala yang sembuh 68.

Terlalu awal untuk membuat kesimpulan, negara mana yang menduduki tangga teratas daripada segi kematian dibanding jumlah kes, walaupun pada masa ini dua negara mendudukinya, Italy dan Sepanyol.

No comments:

Blog Archive