Sunday, April 26, 2020

COVID-19: BERJAYA MENGAWAL TIDAK BERMAKNA RANTAI TERPUTUS

SAYA rasa, majoriti rakyat Malaysia kagum dengan tindakan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengawal jangkitan Covid-19 di negara kita, kerana selain dapat mengawal juga tidak berlaku peningkatan yang mencanak melebihi kapasiti wad rawatan. 

Melihat kadar penyembuhan yang cukup tinggi berbanding kematian, menunjukkan bahawa perkhidmatan kesihatan negara dalam keadaan bersedia dan terbaik. 

Apa yang dibimbangkan, adalah pembawa virus tersebut dalam komuniti yang tidak bergejala dan belum dapat dikesan, kerana bersifat sporadik. 

Memang KKM telah meningkatkan kemampuan saringan sehingga 16,500 sehari, tetapi tindakan itu adalah dikawasan tertumpu (targeted area). 

Jika berpandukan kepada piawaian WHO, keadaan jangkitan dalam komuniti adalah rendah, kerana peratus kes terhadap jumlah ujian sudah di bawah 5. Peratusan itu juga ditunjukan menerusi kes positif baru yang berangka 2 digit, sejak berberapa hari lalu, malah hari ini hanya berjumlah 38. 

Daripada 32juta penduduk, KKM telah menjalankan 131,491 ujian atau 4,063 ujian setiap 1juta penduduk, manakal Singapura 20,815 ujian setiap 1juta penduduk dan Itali pula 28,245 ujian. 

Jumlah ujian bertujuan untuk mengesan pembawa virus tersebut khususnya yang tidak bergejala, kerana kegagalan mengesan pembawa dalam kategori ini boleh menjadi super penjangkit dalam komuniti. 

Malaysia berhadapan dengan beberapa kekangan apabila menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana masih rendahnya pengamalan penjarakan sosial. Keadaan itu masih sangat ketara, walaupun sejak PKP dilaksanakan bermula pada 18 Mac, masih juga ramai rakyat tidak menghiraukannya. Penulis kerap terjebak di kedai runcit seperti Speedy 99, atau kedai-kedai kecil,pelanggan yang datang, seolah-olah seperti biasa, walaupun mereka itu menggunakan penutup muka, tetapi penjarakan sosial 1meter tidak diamalkan. Cuba bayangkan, jika PKP ditarik balik, sudah tentu, keadaan akan kembali seperti biasa. 

Penulis tidak dapat bayangkan, jika sekolah-sekolah dibenarkan dibuka semula. Dalam satu klas ada 40 murid, maka dalam situasi demikian, syarat penjarakan sosial tidak dapat dipatuhi. 

Satu pemandangan dalam tempoh PKP ini, semasa DUN Sabah bersidangpun, pematuhan penjarakan sosial tidak dipatuhi seperti mana gambar di atas, apa tah lagi di pasar-pasar borong atau sekolah. 

Penulis berpendapat Malaysia belum bersedia menarik PKP, selagi vaksin penawar belum ditemui.

No comments:

Blog Archive