Monday, March 23, 2020

RAKYAT SABAH JADI MANGSA KERAJAAN #SABAHKITAPUNYA

SABAH semasa Tan Sri Musa Aman Ketua Menteri, tiada wabak, tiada perintah kawalan pergerakan (PKP) setiap Bajet Negeri disenaraikan bajet untuk sentuhan kasih bagi setiap Wakil Rakyat yang meliputi 60 kawasan DUN dan 25 kawasan Parlimen Sabah. Matlamat sentuhan kasih tersebut adalah membantu rakyat yang memerlukan, khsusnya mereka yang tidak berpendapatan atau mereka yang termasuk dalam golongan berpendapatan rendah. 

Jika sekiranya era itu masih kekal, atau jarum jam boleh diundurkan, dalam situasi sekarang, di mana rakyat terpaksa mematuhi Perintah Kawal Pergerakan (PKP) kerana serangan wabak pembawa maut COVID-19, sudah tentu kerajaan negeri akan mengumumkan sentuhan kasih yang disalurkan pada setiap ADUN atau ahli parlimen, untuk membantu rakyat yang terjejas. 

Dalam situasi yang sangat mencekam ini, sudah tentunya kerajaan akan mengumumkan bantuan kepada mereka yang berada dibarisan hadapan, sebagai penghargaan kepada pengorbanan mereka yang memerlukan tempoh masa yang panjang berbanding tempoh masa bekerja biasa. 

Kerajaan yang prihatian, sudah tentu menganggap PKP yang bertempoh 14 hari daripada 18-31 Mac, 2020, akan menyebabkan ramai rakyat khususnya mereka yang kurang bernasib baik, termasuk mereka yang berkerja tidak tetap, terjejas teruk, termasuk lah tidak mempunyai cukup wang untuk membeli keperluan makan-minum. 

Sarawak, negeri jiran, malah negeri-negeri yang dianggap miskin seperti Kedah, Kelantan, Perlis, awal-awal lagi telah mengumumkan insentif kepada rakyat negeri-negeri itu untuk mengurangkan bebanan rakyat negeri masing-masing, namun Sabah yang diperintah oleh Kerajaan Warian yang diterajui Datuk Shafie Apdal yang berslogankan #SABAHKITAPUNYA, hanya mampu mengumumkan, tahun ini Sambutan Hariraya Kerajaan Negeri ditiadakan, kononnya sebagai kaedah memutuskan transmisi COVID-19. 

Shafie langsung tidak memikirkan, bahawa rakyat sebagai manusia memerlukan bekalan makanan-minuman untuk kekal hidup dan sihat. 

Shafie tidak terfikir, bahawa ekonomi akan hancur, jika ditangan rakyat tiada wang tunai. Rakyat tanpa wang tunai, tidak akan dapat membeli barangan keperluan harian, dan impak berikutnya peruncitan akan kaku, jammed, tiada pergerakan barangan, dan jika ini berlaku, maka aktiviti ekonomi akan kaku dan lumpuh.

No comments:

Blog Archive