Wednesday, March 11, 2020

PN BENTUK MEKANISEME PEMBANGUNAN SABAH

MENGAMBIL kira, ketiadaan manifesto bagi kerajaan Perikatan Nasional, maka para pemimpin perikatan di Sabah perlu mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan satu mekanisme pembangunan bagi Sabah.
Dalam masa yang segera, satu pusat untuk menkooridinasi peruntukan daripada Persekutuan perlu diwujudkan yang dikendalikan sepenuhnya oleh wakil-wakil rakyat parti-parti yang tergabung dalam perikatan demi faedah negeri dan rakyatnya. 

Sabah memerlukan peruntukan besar untuk menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, jalan raya, bekalan elektrik, selain aktiviti ekonomi yang boleh membuka peluang-peluang pekerjaan. 

Masa ini lah waktu yang sesuai melihat kaliber para pemimpin Sabah mengemukakan satu pelan yang jitu untuk memajukan dan membangun Sabah. HALATUJU kemajuan dan pembangunan Sabah sehingga tahun 2025 yang bermula pada tahun 2003, hasil idea mantan Ketua Menteri Sabah-Tan Sri Musa Aman boleh dijadikan penanda aras. 

Para pemimpin perikatan Sabah tidak boleh membiarkan kemajuan dan pembangunan Sabah kepada kerajaan pembangkang-Warisan, kerana nanti, Sabah akan kembali mundur. 

Para pemimpin parti perikatan perlu mengutamakan masa depan negeri dan rakyat. 

Para pemimpin perikatan Sabah jangan membuang masa, perlu bertindak dengan segera. Penulis yakin, ramai yang boleh menyumbang idea bagai mana mengwujudkan satu mekanisme pembangunan Sabah.

No comments:

Blog Archive