Wednesday, March 11, 2020

PENGWUJUDAN JPPS TEPAT MASANYA

CADANGAN Bersatu Sabah agar Kerajaan Persekutuan mengwujudkan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) tepat masanya, memandangkan kerajaan negeri memilih sebagai negeri yang membangkang persekutuan.

Kerajaan Sabah yang diterajui Datuk Shafie Apdal mahu sebagai negeri pembangkang, untuk mengelak berpisah dengan parti DAP dan PKR.

Shafie dibayangi ketakutan, jika 6 Adun DAP dan 2 Adun PKR tidak lagi sebahagian kerajaan Sabah, parti Warisan yang beliau terajui hanya bersendirian dengan 21 Adun, walaupun ada tambahan daripada mantan Adun Umno dan PBS, seramai 10 orang.

Ketakutan berikutnya, apabila parti UPKO memutuskan kerjasama dengan beliau, kerana tindakan parti yang diketuai Datuk Madius Tangau tersebut, adalah sebuah parti yang sukar diramal tindakannya.

Shafie juga kekuatiran mantan-mantan Adun Umno dan PBS akan kembali ke gagang. 

Berasakan ketakutan dan kekhuatiran itu, maka ada lah selamat bagi Shafie untuk terus menjadi Ketua Menteri untuk kekal menyokong PH.

Atas pendirian itu, maka Kerajaan Persekutuan, tiada pilihan lain, melainkan mengwujudkan semula JPPS dengan segera, demi rakyat dan negeri.

Ada lah tidak apdal bagi kerajaan persekutuan menyalurkan peruntukan kepada lawan, kerana ia membawa maksud memberi lawan pisau.

Para pemimpin Sabah daripada parti yang sepasukan dengan Perikatan Nasional mempunyai kapasiti dan kemampuan mengurus, mengatur peruntukan persekutuan untuk kemajuan dan pembangunan Sabah.

No comments:

Blog Archive