Sunday, March 01, 2020

KERAJAAN PERIKATAN-UTAMAKAN PEMBENTUKAN KABINET

TAN SRI MUHIYIDDIN YASSIN selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-8, menjadikan beliau pemimpin ke-7 menjadi Perdana Menteri, atas sebab, PM-4 dan PM-7 adalah orang yang sama.

PM-8 perlu mengutamakan pembentukan kabinet, kerana sejak 24 Februari, negara tiada kabinet Persekutuan. 

Walaupun YDP Agong telah membuat keputusan berkaitan perlantikan PM-8, yang mana sebelum keputusan itu dibuat, semua pihak terutama Pakatan Harapan telah memberi kepercayaan dan keyakinan penuh atas kebijaksanaan dan budibicara YDP Agong, akan tetapi, apabila keputusan Agong tidak menybelahi mereka, berlaku lah seperti kata peribahasa-Rumah Siap Pahat Berbunyi. 

2 jam selepas YDP Agong menitahkan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai PM8, Pakatan Harapan mendakwa, titah itu silap, kerana calon mereka yang patut dilantik kerana mendapat sokongan 114, malah mereka mengeluarkan senerai excel termasuk menyenaraikan beberapa ahli parlimen-Sipanggam Rengam, Bukit Gantang, Keningau, Serian dan Sri Aman, malangnya semua MP tersebut menolak menyokong calon PH, sebaliknya menegaskan menyokong TSMY. 

Hakikatnya, babak dalam kemelut politik Malaysia, termasuk Gerakaan Awal Pagi Sabtu (29 Februari, akan disambut 4 tahun sekali) sudah berakhir, dengan perlantikan TSMY sebagai PM-8. 

Ekoran kemelut politik Malaysia yang bermula pada 24 Februari, kerana perletakan Jawatan Perdana PM-7, dan tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan, kerana kehilangan majoriti mudah, selepas Bersatu dengan 26 ahli parlimen (kemudiannya 3 membuat U-Turn) dan kumpulan Azmin keluar beramai-ramai, telah membuka ruang kepada gabungan baharu menubuhkan kerajaan Persekutuan. 

Kerajaan baharu tersebut, telah mengembalikan status quo politik negara yang biasa diamalkan sejak merdeka, iaitu, golongan bumiputera menguasai pemerintahan, manakala golongan yang bukan menguasai ekonomi dan perundangan dan bidang-bidang lain. 

Amalan bekerajaan negara bertukar selepas PRU-14, apabila rakyat minoriti menguasai politik serentak dengan penguasaan ekonomi dan perundangan. Kerana perubahan yang mengejutkan itu, rakyat majoriti belum bersedia menerimanya, sehinggakan menimbulkan keresahan luarbiasa. 

Melihat senario politik selama seminggu begitu panas, untuk meredam suhu tersebut, maka syogianya, persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 9 Mac, ditangguhkan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai, bukan sahaja memberi ruang kepada majlis angkat sumpah kabinet, akan tetapi memberi ruang menerima titah YDP Agong secara lapang dada.

3 comments:

Anonymous said...

Gempar parti Bersatu tinggal 3 orang saja Tun, Mukhriz@ Boboi dan Syed Siddik.... yg lain mula angkat kaki Tubuh Bersatu 2.

Bole la buat undang undang kepala bapak dia...


kah kah kah.. ooopss kikikikikikk


kah kah kah...

Formula jangan lupa yer

FormulaTurunkanHargaBarang = BMF + Haahh tepokkk...


kah kah kah kahh.. kikikikk

Anonymous said...

Kemusnahan ekonomi dan segala2nya dibawah pemerintah DAP/P Hancing adalah sangat luar biasa dan sangat menjahanamkan negara.

Ini akan menjadi suatu tugasan yang amat besar, berat dan mencabar bagi TSMY.

Unknown said...

As stated by Stanford Medical, It's indeed the one and ONLY reason this country's women get to live 10 years longer and weigh 19 KG less than us.

(Just so you know, it has totally NOTHING to do with genetics or some hard exercise and really, EVERYTHING about "HOW" they are eating.)

P.S, What I said is "HOW", and not "what"...

Tap this link to discover if this brief questionnaire can help you decipher your real weight loss potential

Blog Archive