Saturday, March 07, 2020

HAKIKATNYA SHAFIE SOKONG PH BUKAN TUN

Realitinya, Datuk Shafie Apdal tahu betul, punca Tun Dr Mahathir kehilangan jawatan dan terpaksa meletakan jawatan, kerana perbuatan pemimpin DAP dan PKR.

Pemimpin PPBM dan kumpulan Azmin, terpaksa memendam rasa selama 22 bulan. Kerana kesabaran itu ada batasnya, pada 23 Februari berlaku GERAKAN HOTEL SHERATON. 

Shafie tahu betul, PH telah menukar calon PM-8 untuk dipersembahkan kepada YDP Agong, pun demikian masih menyokong PH.

Hanya kerana Dato Seri Anwar tidak mendapat sokongan majoriti, maka berlaku KEJUTAN PAGI SABTU (29 Febriari, satu tarikh yang akan berulang 4 tahun sekali), PH menukar calon PM-8 kepada Tun Dr Mahathir. Kerana pusingan U yang terhebat itu, maka Shafie menukar rentak, menggantikan sebutan menyokong PH kepada Tun.

Hakikatnya Shafie hanya mempergunakan nama Tun untuk mengabui mata rakyat, kononnya pendirian Warisan konsisten menyokong Tun, yang sebenarnya tujuan sebaliknya adalah mahu mengekalkan penguasaan DAP dan PKR. 

Shafie tahu betul, Muafakat Nasional dan GPS secara terang-terangan tidak menyokong kerajaan yang ada elemen DAP, sebab itu cadangan awal Tun untuk membentuk Kerajaan Perpaduan termasuk melibatkan DAP, ditolak oleh MN dan GPS. Akibat penolakan itu, maka cadangan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional, terkubur sebelum lahir. 

Shafie tahu betul (kecuali beliau tidak mengikuti perkembangan politik tanah air) kerana sibuk mengatur para kroni, bahawa parti Pas akan membawa USUL PERCAYA kepada Tun Dr Mahathir sebagai PM hingga tamat penggal Parlimen ke-14 pada sidang parlimen yang bermula 9 Mac, menurut jadual asal persiangan parlimen. Oleh kerana mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari, memutuskan, akan terus menyokong Tun sebagai PM, dan memberi kuasa penuh kepada beliau untuk menentukan sendiri, berkaitan kedudukan beliau sebagai PM, malah memberi isyarat, mungkin tidak berlaku peralihan kuasa PM, maka Pas mengumumkan untuk membatalkan cadangan USUL PERCAYA. 

Shafie tahu betul PAS dan MN mahukan TUN sebagai PM sehingga tamat penggal. Kemudiannya jika hendak melibatkan MN dan Pas serta GPS mesti tanpa DAP.

Pada 5 Mac, pendirian Shafie dan sekutunnya terus menyokong Tun, pada hakikatnya, bukan lah demikian, sebaliknya mempertahankan PH, itu lah fakta sebenar. 

Shafie mahu PH kembali berkuasa, sebab itu, akan menyokong USUL TIDAK PERCAYA kepada TSMY pada sidang parlimen akan datang. Kononnya sokongan semata-mata kerana Tun.

2 comments:

Anonymous said...

Jangan pedulikan lagi si celaka Dr Mahathir, Anwar dan Kit Siang lagi - Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid

Dr Mahathir yang terkenal de gan lidah bercabang, fitnah jijik, peras ugut, kroni mengayakan 4 orang anak bertaraf billionaire, pembelit dan kepala perompak dengan myka tak malu dia tak pedulikan plakad “Anwar PM ke-7” ni. Imej dari NST.

Bagi Tun Abdul Hamid, apa yang orang Malaysia kena buat sekarang adalah mulakan hari baru tanpa Dr Mahathir, Anwar dan Lim Kit Siang. Kerana baginya, selama ni kita dah disibukkan dengan tingkah laku diorang ni sampaikan keadaan politik kita jadi tak tentu hala.

Mengambil contoh Dr Mahathir, baginya selama ni Dr Mahathir dah buat banyak masalah dalam negara, seperti:

Krisis Perlembagaan dengan Raja-Raja Melayu

Menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988

Menyebabkan UMNO diharamkan;
Berkelahi dengan Timbalannya sendiri Tun Musa Hitam

Memecat Anwar Ibrahim

Bergaduh dan cuba menjatuhkan Tun Abdullah Badawi

Masuk dan keluar UMNO berkali-kali.

Anwar pula baginya begitu ghairah nak jadi Perdana Menteri dengan mendesak Dr Mahathir beberapa kali menyerahkan jawatan kepadanya. Seorang pengamal pluralist, pejuang LGBT, penipu pembohong sesumpah boleh bertukar prinsip dan akidah bila bila masa.

Manakala, kehadiran DAP dalam kerajaan PH Anwar Ibrahim juga nampaknya seperti menyerahkan kuasa politik Melayu kepada parti berkenaan.

“Nampaknya selagi beliau (Dr Mahathir) ada dalam arena politik, beliau tidak berhenti-henti menimbulkan masalah. Cukuplah. Kita mulakan hari baharu tanpa Dr Mahathir, Anwar dan Lim Kit Siang.” – Tun Abdul Hamid

FormulaTurunHarga = #BMF

Anonymous said...

Umno tak perlu pertahankan saya lagi’, luah Najib
Executive Editor Malaysiakini Mac 06, 2020

Tun merajuk menyebabkan Pakatan Harapan jadi mangsa. Jangan salahkan orang lain

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan perasaan apabila meminta Umno supaya tidak lagi mempertahankan dirinya daripada fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Najib menerusi Facebooknya berkata, melalui perbicaraan yang adil, beliau yakin dapat mempertahankan dirinya sendiri.

Menurutnya, beliau juga yakin tidak bersalah terhadap segala pertuduhan yang dibuat.

"Kesalahan saya hanyalah kerana melakukan yang terbaik demi rakyat, negara dan parti saya.

Menurutnya Yang menyebabkan Pakatan Harapan jatuh bukanlah Umno atau pun PAS tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad. Apabila Pakatan Harapan mendesak Mahathir untuk letak jawatan serta merta dan menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Gara gara Tun Mahathir merajuk dan punca merajuklah punca bagaimana kerajaan Pakatan Harapan mangsa.

"Segala tuduhan dan fitnah adalah terhadap saya dan bukan Umno. Tidak adil untuk Umno menanggung beban ini dan Najib hanya berkata "BRING IT ON, BRING IT ON diulangnya 10 kali," katanya.

Blog Archive