Thursday, March 19, 2020

BERDOA LAH RAKYAT- TERHINDAR MALAPETAKA

TIADA seorangpun manusia yang waras mahu dijangkiti penyakit merbahaya, apa lagi yang membawa maut termasuk pada diri sendiri mahupun orang lain.

Namun, kelemahan manusia sendiri, menyebabkan ada yang terjangkit, lalu menularkan pada pihak lain.

Kerajaan bersungguh-sungguh memutuskan penularan, termasuk larangan pergerakan. Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan meluluskan tambahan RM160 juta untuk membeli obatan-obatan dan keperluan lain bagi mengatasi wabak yang melanda negara.

Selain itu, kerajaan membelanjakan RM120 juta sebagai pengganti kepada mereka yang diberi cuti tanpa gaji yang dikatakan membabitkan lebih 33 ribu orang.

Mungkin dalam masa terdekat, kerajaan akan mengumumkan bantuan kepada rakyat yang terjejas teruk khususnya mereka yang berada dalam kategori B40.

Rakyat negara ini, tanpa mengira latar belakang agama, perlu memohon doa daripada Yang Maha Kuasa, agar negara kita terlepas daripada bencana wabak COVID-19.

Tiada yang mustahil, jika kita semua memunajat, pasti kita terhindar daripada malapetaka.

Negara China yang menjadi sumber virus COVID-19, selepas 2 bulan, hampir pulih, Pada hari ini, diumumkan di negara tersebut, virus bersumber daripada negara itu sudah terputus, hanya berdepan dengan sumber virus daripada negara luar.

Dalam tempoh 14 hari, bermula semalam, adalah diharapkan negara bebas dariada malapetaka besar ini, walaupun kerajaan Sabah sangat pesimis, sehinggakan melarang sambutan Hari Raya yang bakal dirayakan lebih 2 bulan daripada sekarang.

Kerajaan Sabah selain membatalkan sambutan hari raya, juga tidak membenarkan solat tarawih berjemaah di masjid atau surau. Malah persidangan DUN Sabah yang bakal diadakan pada 16-23 April, hanya dihadiri para ADUN dan pegawai kerajaan terpilih, kehadiran TYT juga tidak dibatalkan.

No comments:

Blog Archive