Pada 26 Januari, sebulan sebelum kerajaan Pakatan Harapan tumbang, TPM- Datuk Wan Azizah Wan Ismail, bersungguh-sunguh sangat, menolak desakan agar rakyat sumber virus tersebut disekat memasuki negara. Malah beliau mengumumkan, bahawa selain Malaysia mempunyai kepakaran, juga situasi wabak tersebut terkawal. Walaupun WHO (pertubuhan kesihatan sedunia) mengumumkan bahawa COVID-19 adalah pandemik, tetapi Malaysia tidak menganggapnya sebagai serius.
17 hari selepas kerajaan PH tumbang, mereka yang terjangkiti mencecah 900 (hari ini 110 dikesan positif, berbanding semalam 790), dengan 2 kematian, 49 sembuh.
Kini, seluruh negara terdapat sudah rakyat yang dijangkiti. Kemungkin akan bertmabah lagi, kerana pembawa, masih ramai yang tidak dikesan.
Oleh kerana sifat penyebaran virus itu begitu mudah, maka kemungkinan besar gelombang ke-3 bakal menyusul, ekoran tindakan sebahagian rakyat yang tidak patuh perintah larangan pergerakan, termasuk kesilapan besar yang dilakukan pihak-pihak universiti/kolej yang mengarahkan para pelajar mengosongkan kampus/kolej/asrama untuk pulang kampung.
14 hari diperlukan untuk mengenalpasti seseorang yang dijangkiti positif. Cuba bayangkan berapa jumlah yang terjangkit, jika pembawa itu ada di terminal bas, kereta api, lapangan terbang, kemudiannya naik bas, naik keretaapi, naik kapal terbang. Di perjalanan, pemandu teksi/grab, kemudiannya sanak saudara, termasuk ibu-bapa, bakal dijangkiti.
Kata peribahasa nasi sudah menjadi bubur, menyesal dahulu berpendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Kini kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu mengatasi wabak warisan PH.
Sudah lah 22 bulan, ekonomi merudum, kehidupan rakyat sengsara, kini bertambah-tambah lagi. Nampak gayanya, negara akan berhadapan satu situasi yang amat teruk termasuk kemelesatan ekonomi.
1 comment:
Hahaha. 11 hari 0 kes. Masa tu la rampasan kuasa sibuk berlaku. Masa tu juga la mula second wave.
Yang bawa virus cluster tabligh seorang Muslim Malaysia yang pergi ke korea.
Tiba2 yang salah rakyat cina? U think we are idiots?
Pssst...dgr kata UEC diiktiraf gomen Melayu Islam? Kah355 shembang
Try harder admin ha355
Post a Comment