Friday, March 20, 2020

SEMENTARA NEGARA BERTARUNG MELAWAN COVID-19, URUSAN POLITIK TIDAK KETINGGALAN

Marzuki-Dipecat
17 Mac, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara. 18 Mac, beliau merayu rakyat yang tidak patuh, yang termasuk dalam kumpulan #TSMYNotMyPM, supaya “just Stay At Home” untuk membantu memutuskan rantai virus COVID-19, daripada yang kena jangkit kepada individu sihat.

Pada 18 Mac juga, beliau menamatkan jawatan Setiausaha Agung Bersatu/PPBM- Datuk Marzuki Yahya, yang juga Ketua Setiuasaha kepada Tun Dr Mahathir. 

Nampaknya, urusan negara bertarung wabak COVID-19 termasuk pengelibatan tentera mulai Ahad ini untuk membantu pihak polis menguatkuasakan PKP, urusan politik juga tidak ketinggalan. 

Pemecatan Marzuki, suhu hubungan antara Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meningkat lagi. 

Bersatu akan mengadakan pemilihan pada Jun depan. Jawatan Pengerusi dimenangi tanpa tanding. Manakala jawatan Presiden berlaku pertembungan antara Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Walaupun ada calon ketiga turut bertanding, ianya hanya merancakkan pesta demokrasi dalam parti tersebut. 

Marzuki secara rasmi adalah salah seorang yang bertanding jawatan Timbalan Presiden.Ertinya, walaupun belum diumumkan, bahawa beliau lah pasangan Mukhriz. 

Pemecatan Marzuki, mungkin ada hubungkait dengan pemilihan parti itu. Sebagai setiausaha Agung, sudah tentu beliau lah yang mempunyai kuasa menentukan senarai perwakilan atau pemilih yang dibenarkan memilih pada persidangan agung parti. 

Gerakan parti bakal berpecah nampak jelas sudah...

No comments:

Blog Archive