Tuesday, February 25, 2020

PROSES BENTUK KERAJAAN BAHARU MASIH KABUR

NAMPAK jelas, apabila YDP Agong hanya melantik Perdana Menteri interim sementara menggambarkan tiada pihak di mata baginda mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan dan mustahaknya majoriti mudah itu berlanjutan jika berlaku UNDI TIDAK PERCAYA di Dewan Rakyat. 

Situasi sekarang sangat rentan. Swing akan berlaku tanpa diduga antara yang menyokong Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Anwar Ibrahim. 

Di atas kertas, Pakatan Harapan tumbang kerana kehilangan majoriti mudah daripada 139 kepada 102 (termasuk Warisan dan UPKO), sebagai implikasi keluarnya PPBM dengan 26 ahli parlimen dan 11 ahli parlimen PKR daripada pakatan tersebut. Dalam masa kurang 24 jam, PH kehilangan kuasa. Ekoran tumbangnya PH, maka Perdana Menteri meletakkan jawatan. Ekoran perletakan jawatan tersebut, kabinet beliau juga secara automatik terbubar, termasuk setiausaha-setiausaha politik. 

Senario semakin jelas, pihak mana mempunyai sokongan majoriti, apabila Parti Warisan dengan 9 kerusi parlimen menyokong Tun Dr Mahathir. Pada perkembangan yang sama GPS (Sarawak) menyokong pakatan baharu pihak Tun Dr Mahathir, meskipun gabungan parti-parti di Sarawak tersebut tidak menyertai pemerintahan baru tersebut. 

Untuk sementara, jumlah ahli parlimen yang “intake” menyebelahi Anwar adalah daripada PKR sendiri-39, DAP-42 dan Amanah-11. Dalam pada itu, situasi semakin tidak menentu, apabila dikhabarkan ada 22 ahli parlimen DAP membuat akuan bersumpah menyokong kubu Tun Dr Mahathir. Jika khabar itu betul, maka dengan sendirinya kubu Anwar semakin hilang kemungkinan mendapat sokongan majoriti mudah, iaitu 112 daripada 222 ahli parlimen. 

Persoalan juga timbul, jika kubu Tun Dr Mahathir melibatkan DAP dalam pakatan baru tersebut, dengan sendirinya pakatan itu tidak akan menjadi, kerana BN dan GPS bakal menarik diri. Jika ini yang berlaku, maka tiada pihak yang dapat menubuhkan kerajaan. Solusinya hanya pembubaran Parlimen untuk PRU-15. 

Pada 9 Mac, Sidang Parlimen akan dibuka semula. Perlantikan Perdana Menteri untuk kerajaan baru akan menunggu persidangan tersebut. Berasaskan situasi sekarang, pasti akan ada USUL UNDI PERCAYA ATAU UNDI TIDAK PERCAYA. Selepas keputusan itu, maka Perdana Interim Sementara akan mempersembahkan keputusan itu kepada YDP Agong untuk keputusan. Sama-sama kita tunggu!!!

No comments:

Blog Archive