Saturday, February 01, 2020

DI SEBALIK-FITNAH, BERITA PALSU, PENDATANG HARAM, PATI

RAKYAT negara ini, cukup sopan. Kerana kedengarannya PENDATANG HARAM, bagi rakyat asing yang masuk negara tanpa dokumen atau mereka yang luput masa dokumen, kasar dan tidak sopan, maka ditukar kepada PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI). Kemudiannya, FITNAH/SURAT LAYANG, diperhalusi dengan istilah BERITA PALSU, sehinggakan kerajaan lalu mengwujudkan akta BERITA PALSU, tetapi kemudiannya dibatalkan oleh kerajaan hari ini.

Apapun istilah yang digunakan, hakikatnya secara umumnya dua isu utama tersebut telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat negara ini.

Fitnah/Berita palsu telah berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional, sebuah kerajaan yang berusia lebih setengah abad, sebuah kerajaan yang ditunjangi parti pra kemerdekaan.

Bagi istilah PATI pula telah berjaya mempengaruhi pengundi PRK Kimanis, sehinggakan calon kerajaan tewas, kerana tindakan kerajaan Warisan menghalalkan PATI menerusi pemberian Pas Sementara Sabah (PSS), walaupun akhirnya keputusan itu dibatalkan ekoran isyarat penolakan rakyat Sabah secara umumnya seperti mana manifestasi pengundi kawasan Parlimen Kimanis.

Kehebatan peranti teknologi, sehinggakan setiap individu yang sudah baligh boleh menjadi agen sumber cerita/berita dan kemudiannya tindak balas daripada individu lain yang "malas" memeriksa apa kah cerita/berita itu betul/sahih atau hanya rekayasa, hanya menggunakan hujung jari menjadi penyebar, sehinggakan dalam masa singkat tebus di berbagai pelosok, tanpa sempadan, selagi adanya jangkauan internet.

Pada mulanya, tindakan kongsi cerita tidak sahih hanya untuk tujuan "suka-suka" akhirnya, cerita itu dianggap betul, maka kerajaan Bn telah menjadi mangsa. Kini, ekoran kejadian wujudnya super virus baru, Novel coronavirus-2019 (nCroV-2019) yang berasal daripada Wuhan China, kerana virus itu belum ada penawarnya, telah menyebabkan bukan sahaja rakyat negara ini menjadi panik, malah penduduk global.

Di Negara ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk hospital-hospital menjadi kelam kabut, kerana kepantasan penyebaran cerita super virus ini, sehinggakan rakyat menjadi panik. Akibat kepanikan itu, penutup muka menjadi laris, malah penjual mengambil kesempatan menaikkan harga berlipat ganda.

Di mana-mana, khususnya kawasan tumpuan orang ramai, kekhuatiran orang ramai terjangkit, maka setiap daripada mereka memakai topeng muka.

CERITA TIDAK SAHIH - direkayasa sedemikian rupa, di negara ini, seolah-olah cerita betul, dengan bantuan berbagai dokumen yang kelihatan "betul" sehinggakan pihak tertuduh terpaksa menjemput atau meminta pakar dokumen untuk meneliti kesahihan dokumen-dokumen tersebut, namun pada masa yang sama para individu yang kena tuduh tersebut telah dihukum oleh media sebagai bersalah, sebelumpun pihak mahkamah menjatuhkan hukuman.

Melihat tembusan cerita palsu, ianya akan berlarutan untuk jangka masa yang panjang, dan sukar untuk dibendung. Apa yang pasti, samada pihak kerajaan atau pembangkang, saling memanipulasi cerita palsu, semata-mata untuk mendapat sokongan rakyat, yang mana akhirnya, rakyat juga menjadi mangsa.

No comments:

Blog Archive