Thursday, November 21, 2019

KERANA FITNAH-DATUK RAMLEE SAMAN TV3 DAN BERNAMA

TINDAKAN pemeriksaan biasa oleh Angkatan Tugas Bersama (ATB2) telah menjadi kes mahkamah, kerana kecuaian mantan Panglima ATB2 Markas Tawau Brigadier General Dato Zarondin Md Amin. 

Akibat kecuaian, selain Panglima tersebut, dua pegawai lain- Sarjan Salleh bin Zakaria, Major Nizam bin Sazali, Harian Metro, The New Strait Times Press (M) Berhad (peneribit Harian Metro) selain Media Prima Berhad (pemilik TV3) dan Bernama Malaysia National News Agency (Bernama), telah disaman oleh mantan ADUN Bugaya dan mantan Pembantu Menteri Kewangan Sabah-Datuk Ramlee Marahaban. 

Asas kepada saman tersebut, adalah kenyataan Akhbar oleh Mantan Panglima tersebut yang mendakwa bahawa Datuk Ramlee bersama anak dan 3 anak saudara beliau merupakan penganas rentas sempadan yang berjaya ditangkap oleh ATB2 di Peraian Pulau Mataking bersama senjata di pagi hari 11 April,2019. Kerana kenyataan akhbar mantan panglima itu, surat khabar arus perdana yang disaman itu memetik kenyataan itu untuk dijadikan laporan muka depan akhbar mereka, manakala TV3 mula menyiarkan kenyataan akhbar tersebut bersama-sama gambar mantan wakil rakyat tersebut, pada masa prime time. 

Kenyataan mantan Panglima ATB2 yang berbunyi berjaya memintas, menahan 5 lelaki penjenayah rentas sempadan daripada Filipina bersama-sama senjata. 

Apa yang menjadi tanda tanya, kes Datuk Ramlee tersebut sebenarnya telah diselesaikan di Jeti Marin Semporna dengan kehadiran OCPD Semporna, Peter Anak Umbuas sebagai salah faham, pada pagi itu juga, dengan fakta kejadian, tiada penangkapan, tiada penahanan, tiada rampasan senjata, melainkan hanya pemeriksaan biasa oleh ATB2. 

Tetapi malangnya, walaupun kejadian itu merupakan pemeriksaan biasa dan salah faham, mantan Panglima ATB2 membuat kenyataan akhbar yang bercanggah dengan keadaan sebenar. 

Menerusi kenyataan yang bercanggah dengan fakta sebenar, Ramlee merasakan bukan sahaja difitnah malah telah memalitkan imej buruk bukan sahaja kepada beliau malah keluarga beliau. 

Walaupun kenyataan akhbar mantan panglima tersebut berlaku pada petang 11 April dan disiarkan secara meluas oleh media berkenaan, kemudian dibetulkan oleh OCPD semporna menerusi kenyataan akhbar, malangnya mantan Panglima ATB2 tersebut, tidak memperbetulkan kenyataan akhbar beliau. 

Pada 12 April, 2019-Datuk Ramlee telah membuat satu laporan polis berkaitan kenyataan akhbar mantan Panglima tersebut, dan seterusnya meminta panglima itu menarik balik kenyataan tersebut dalam tempoh 14 hari selain memohon maaf, namun ianya tidak berlaku. 

Oleh kerana tindakan Panglima tersebut seolah-olah tidak bersalah, maka Ramlee telah mefailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan Makkamah Seksyen Tawau dan kini dalam status menunggu perbicaraan, manakala saman susulan terhadap Media Prima (TV3) dan Bernama telahpun dibuat menerusi Tetuan Marcel Jude Joseph di Mahkamah Kota Kinabalu. 

Akibat tindakan mereka yang kena saman, Ramlee merasa digugat masa depannya baik sebagai ahli politik dan juga ahli perniagaan. Perkara yang sangat menguatirkan beliau adalah “status” beliau berserta anak dan 3 anak saudara beliau sebagai penjanyah, yang kemungkinan besar dimasukkan dilaman-laman negara-negara seperti Amerika atau Eropa, dan jika ianya dimasukkan, maka membuka ruang kepada negara-negara itu menahan beliau dan 4 orang lain jika memasuki negara-negara berkenaan. 

Sebagai seseorang yang biasa masuk ke Amerika atau Eropa, maka jika “status” beliau tidak dijernihkan, maka tidak mustahil beliau berdepan dengan status sebagai penjenayah, apa tah lagi, penjenayah rentas sempadan di Pantai Timur Sabah sudah menjadi perhatian dunia, termasuk Amerika. 

Saman terhadap individu yang dilakukan, adalah satu pengajaran kepada mana-mana fihak yang mempunyai kedudukan jangan cuba menyalahgunakan kedudukan hanya untuk mendapatkan nama termasuk memfitnah dan mengkambinghitamkan rakyat. Manakala saman terhadap media arus perdana adalah pengajaran kepada media-media berkenaan agar membuat laporan berasaskan fakta sahih dan betul, bukannya membuat laporan sensasi hanya untuk melariskan jualan atau menarik ramai penonton. 

Ramlee membuat kesimpulan apabila pada 12 April menerusi laporan polis yang membutirkan fakta sebenar, dan kemudian meminta pihak yang disaman untuk menarik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari tidak mendapat reaksi, maka beliau menyimpulkan bahawa kenyataan Mantan Panglima ATB2 itu bukan lah cuai, akan tetapi mempunyai niat jahat untuk membunuh masa depan beliau, baik sebagai ahli politik mahupun ahli perniagaan. 

Kawasan Pantai Timur Sabah sehingga kini, masih berlaku perintah berkurung daripada pukul 6 petang sehingga pukul 6 pagi. Kawasan tersebut dikawal menerusi ESSCOM dan ATB2 dengan berbagai aset termasuk radar canggih, namun berjaya juga dibolosi penjanyah rentas sempadan. Mungkin disebabkan ramai yang memperkatakan kurang berkesannya operasi di Pantai Timur Sabah meskipun dilengkapi dengan berbagai aset, maka kenyataan angkuh berjaya memintas penjenyah rentas sempadan, menangkap dan merampas senjata, menunjukkan bahawa operasi ATB2 sangat berkesan, namun sebaliknya, para individu yang berjaya dipintas dan ditahan adalah Datuk Ramlee yang awal-awal lagi telah memberitahu butiran keberadaannya di kawasan Pulau Mataking kepada POSKO ESSCOM Pulau Mataking dan OCPD Semporna pada hari kejadian. 

Ramlee bukanlah asing bagi kawasan Pulau Mataking, kerana beliau mempunyai tanah berdekatan dengan POSKO ESSCOM di pulau itu, malah beliau sedang membina chalet-chalet peranginan di tanah beliau di Pulau tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

Kikikiki... nahhh sapa kena kaluu.. kita kasi tepukkk kuat kuat yeahhhh..!! Jangan lupa : #PopCornTambahBMF@BeliPopCornDiKedaiMuslim hokeyyy...!!

asyik gadohh saja orang nak tidooo pun tak senang..

Mohamed Azmin Ali memuji para penyokongnya dalam Pemuda PKR kerana berani menentang keputusan pimpinan parti, apabila mereka bertegas mahu beliau merasmikan kongres nasional sayap itu pada 6 Dis itu.

Timbalan presiden PKR memuji keberanian mereka bersuara “demi kepentingan parti”, dan menyeru semua pihak menghormati pendirian itu kerana mereka mewakili suara majoriti dalam Pemuda.

Apa macai Brother Anwar Bin Ibrahim bole buat skg...!?

hahhha tepukkk sapa melingkup dulu kasi tepukkk kuat kuat...okkk..!!

Ini semua karma kepala perompak nrgara@fitnah jijik vs kepala penipu@syiahpluralist

kau org hadap jer... kita orn nk tepuk sambil makan pop corn ajer...!!

apa nihhh gadoh gadoss sesama sindri ni... formula hilangkan gadohh ingat kat bawah ni yerrrr mahacai semua...!!






















#popcorntambahdantepuk+BMF

Blog Archive