Saturday, November 23, 2019

APABILA KEPERCAYAAN RAKYAT TERHAKIS

ADALAH satu malapetaka, apabila kepercayaan rakyat terhakis. Biasanya apabila berlaku, sukar diubati. Rakyat akan ikut rentak perasaan mereka sehingga kerajaan yang tidak disukai tumbang. 

Bukti nyata pada PRU-14. Tiada yang boleh menolak bagai mana Kerajaan lalu membela rakyat. Boleh dikatakan pada masa itu, apa sahaja permintaan rakyat, boleh diperolehi. Kerajaan lalu memberikan apa yang diminta oleh rakyat, seperti program excel, what you want you shall get, or what you see what you get. 

Kerajaan lalu hanya kurang pantas atau ligat semasa memperkenalkan GST, tetapi kurang penjelasan, kurang penerangan, bercelaru penjelasan, sehinggakan dimanipulasi oleh pembangkang masa itu, sehinggakan membangun persepsi yang dahsyat. Di serata ceruk dan kampung, GST menjadi buah bibir rakyat, sehinggakan mengundang isu yang sukar dibendung menyebabkan kerajaan lalu ditolak. 

Selepas Pengenalan GST timbul pula isu 1MDB, dengan dakwaan RM42bilion wang hilang. Spin dilakukan, bahawa GST adalah untuk membayar hutang 1MDB. Ertinya kerajaan mengorbankan rakyat untuk menutup perbuatan segelintir pemimpin. Ditengah-tengah sanggahan terhadap GST, timbul pula “derma” berjumlah USD681juta atau bersamaan RM2.6bilion masa itu, maka perasaan rakyat semakin marak dan menyala. 

Walaupun sebagai impak GST, maka diperkenalkan BRIM, namun pada masa yang sama berlakunya pengurangan subsidi gula, pengapungan harga petrol, menyebabkan rakyat marah, termasuk mereka yang menerima BRIM. 

Kerana semua isu itu dilihat merupakan penolak kepada kerajaan, pembangkang membuat pukulan maut, apabila melakar janji, jika berjaya menubuhkan kerajaan, maka, GST dimansuhkan, PTPTN ditangguhkan bayaran sehinggalah sepinjam menerima gaji RM4,000 sebulan, Tol dimansuhkan, harga minyak ditetapkan pada RM1.50 selitar, mengwujudkan 1juta pekerjaan, menaikkan gaji minima RM1.500, pinjaman peneroka Felda dimansuhkan, dan berbagai janji yang sukar ditolak. 

Kini, rakyat yang telah terperangkap dengan. Kos sara hidup yang dikatakan meningkat kerana GST, tidak juga menikmati kos sara hidup yang menurun, walaupun GST sudah sifar peratus. SST yang dikatakan boleh menurunkan harga barang (hujah Tony Pua masih berlegar-legar di youtube sehingga kini) dan seterusnya menurunkan kos sara hidup berlaku sebaliknya. 

Kerana impak berkurangnya kutipan cukai, kerana GST dimansuhkan, maka jumlah penerima BRIM (kini BSH) dikurangkan sehingga 3 juta orang, khususnya orang-orang muda bujang. 

Harga petrol, bagi Ron 95 dan Diesel hanya berkurang 2 sen, sejak bertukar kerajaan pada 9 Mei,2018. 

Pemansuhan tol tidak berlaku, kecuali bagi laluan motosikal di jambatan Pulau Pinang. 

Selepas pergantian kerajaan berlaku, bukan sahaja janji manifesto tidak ditunaikan, malah berbagai tindakan kerajaan yang membebankan rakyat, seperti pengurangan bajet untuk MARA bagi menampung kos tajaan bagi pelajar bumiputera, pengurangan bajet untuk KKLW bagi tujuan pembangunan luar bandar, selain pengurangan bajet untuk kementerian Pertanian bagi mengurangkan bantuan kepada nelayan, petani dan pekebun. 

Selain itu, Kementerian Perusahaan utama pula, bukan sahaja tidak berfungsi, akan tetapi mengsyorkan tindakan-tindakan pelik kepada pekebun atau peneroka, yang berdepan dengan penurun harga komiditi kelapa sawit, sehingga menjejaskan pendapatan mereka dengan teruk sekali. 

Rakyat telah bersabar, sehingga 100 hari perubahan kerajaan, dan bersabar lagi sehingga PRK Sungai Kandis, PRK Balakong , PRK Seri Setia dan PRK Port Diskson. Namun tidak lagi dapat bersabar pada PRK seterusnya, yang menyaksikan semua PRK yang dimenangi parti lawan, kecuali PRK Sandakan. 

Manifestasi rakyat memuncak pada PRK Tg Piai, apabila majoriti yang diperolehi calon Bn jauh lebih besar berbanding undi calon PH. 

Berbagai reaksi daripada PH, berkaitan kekalahan teruk calon parti itu pada PRK Tg Piai, termasuk akan melakukan rombakan kabinet. Malah telah diwar-warkan akan berlaku undi tidak percaya kepada Tun Dr Mahathir. 

Sebagai impak kepada PRK Tg Piai, ramai pemimpin termasuk mantan pemimpin PH menuding jari kepada Tun Dr Mahathir, malah MP DAP daripada Kepong, membidas kaw-kaw di Dewan Rakyat, yang mana sebelum itu, MP itu membuat ciapan di Facebook, sambutan terhadap kekalahan calon PH disambut baik oleh mereka yang hadir dalam satu majlis makan malam yang beliau hadiri. 

Hakikatnya, yang tidak boleh ditolak oleh kerajaan PH, bahawa rakyat negara ini secara umumnya kepercayaan mereka terhadap kerajaan sudah terhakis. Selagi namanya kerajaan PH, samada berlaku rombakan kabinet atau pertukaran Perdana Menteri, selagi kerajaan yang sama memerintah negara, kepercayaan rakyat sukar dikembalikan, kecuali lah, JANJI-JANJI DITUNAIKAN... 

Rakyat lebih berminat perkara-perkara yang berkaitan dengan perut, apa yang boleh disajikan di atas meja makan, peluang apa yang diberikan kepada anak-anak muda terutama tamatan pengajian tinggi, selain itu, peluang kepada ibu bapa membantu anak-anak yang sedang belajar. 

Rakyat hilang nafsu terhadap isu-isu 1MDB, isu laporan Audit berkaitan 1MDB, isu Yayasan Akalbudi, isu tanah Felda di Kuala Lumpur, kerana ianya tidak memberi faedah secara langsung kepada mereka, buktinya, apabila isu-isu itu tidak berimpak di PRK Tg Piai, meskipun para jurukempen berdegar-degar mengwar-warkannya. 

Hakikatnya rakyat negara ini, sudah tahu mempertimbangkan, membandingkan mana satu pemimpin atau kerajaan yang membela rakyat. Tolak campur, mereka memilih pemimpin atau kerajaan yang banyak membantu rakyat, berbanding pemimpin atau kerajaan yang hanya tahu berhujah, hanya tahu bercakap, tetapi bertindak tidak serupa bikin. Apabila mempertimbangkan semua faktor-faktor tersebut, maka mereka menunjukkan manifestasi tersebut dalam peti undi.

Mandat rakyat terhadap kerajaan semasa hanya berbaki 3 tahun, apa kah dalam tempoh masa itu, kepercayaan rakyat akan pulih? untuk mengelak kerajaan sepenggal!!!

Bagi pendapat penulis, elok lah kerajaan hari ini mengambil tahu dan mengerti degup jantung rakyat, kerana rakyat lah yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan, bukannya asyik mencari kesalahan pemimpin terdahulu, kerana ianya dirasakan sudah "well Done" dan "over cook". Fikir-Fikirkan.

2 comments:

Anonymous said...

Padan muka..dapatkan kuasa dgn cars fitnah dan penipuan Tak akan kekal..begitu juga 17 MP umno yg jumpa Azmin....buta2 kena main dgn atuk madey...Tak serik2 ke nak kena main dgn dia..jgn jadi bodoh..perkuatkan muafakat nasional..peduli kan ph nak jadi apa pun..next GE amik balik kerajaan...

pakresky said...

ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

Blog Archive