Sunday, September 01, 2019

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SABAH- DISEBALIK KETIADAAN ADUN BERSATU

SAMBUTAN Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sabah semalam di Kota Kinabalu, dicemarkan oleh kenyataan politik oleh Pengerusi Penganjur- Datuk Peter Anthony, yang mendakwa bahawa tiada seorang ADUN Bersatu hadir, walaupun jemputan telah dibuat.

Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Haji Noor selepas dihubungi penulis, telah mengsahkan, daripada semua ADUN, MP dan senator Bersatu Sabah, tiada seorangpun yang mendapat jemputan termasuklah beliau sendiri. Bukan itu, sahaja, tiada sebarang jemputan atas nama parti dihantar ke Ibu Pejabat parti itu, di Alam Mesra, Kota Kinabalu.

Oleh kerana tiada jemputan, masing-masing ADUN, MP dan senator Bersatu menghadiri sambutan hari kebangsaan di kawasan masing-masing.

Seharusnya, sebagai Pengerusi Penganjur Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri, perlu menyemak fakta sebelum membuat dakwaan, kerana ianya berimpak kepada kelemahan pihak penganjur.

Bukanlah perkara tersembunyi, bagaimana tindakan "blackout" para pemimpin kerajaan negeri terhadap wakil rakyat Bersatu, khususnya daripada Parti Warisan Sabah, berkaitan majlis-majlis rasmi kerajaan negeri, malah menerusi acara keagamaanpun, seperti majlis berbuka puasa atau sambutan hari raya, jemputan tidak dipanjangkan kepada para pemimpin Bersatu.

Kenyataan Peter, sebenarnya berunsur politik, untuk memalitkan imej negatif kepada Bersatu Sabah, supaya rakyat ikut percaya, bahawa kehadiran Bersatu ke Sabah sejak 6 April, 2019 bercanggah dengan kenyataan Tun Dr Mahathir, bahawa pengembangan parti itu ke Sabah semata-mata untuk memperkuatkan kerajaan negeri yang diterajui Parti Warisan Sabah yang juga disokong parti komponen Pakatan Harapan, DAP dan PKR.

Sebenarnya, pengembangan Bersatu (PPBM) ke Sabah merupakan strategi Pakatan Harapan, untuk mempertahankan sebanyak mungkin kerusi, khususnya kerusi Parlimen pada PRU akan datang, untuk mempertahankan Kerajaan Persekutuan.

Memang hubungan Warisan Sabah dan PH unik, kerana dua parti itu saling memerlukan untuk mempertahankan kerajaan. Warisan mempertahan Kerajaan Negeri, manakala PH, Kerajaan Persekutuan.

Para pemimpin Warisan perlu memahami konsep ini, kerana belum terbukti bahawa Warisan mendapat sokongan rakyat Sabah, seperti mana dibuktikan pada PRU-14. 

Memang pada masa ini, Warisan mempunyai kerusi terbanyak dalam DUN Sabah, namun ianya tidak menggambarkan sokongan sebenar.

1 comment:

Anonymous said...

Pertempuran Bukit Candu adalah satu pertempuran semasa serangan Jepun semasa Perang Dunia II. Pertempuran ini menjulang nama Rejimen Askar Melayu menjadikannya satu pasukan tentera yang disegani di kalangan pasukan tentera Komanwel.

Lebih membanggakan bilamana Rejimen Askar Melayu berjaya MENUMPASKAN tentera2 KOMUNIS di Tanah Melayu, sehingga mereka lari kedalam HUTAN Grik, Pengkalan Hulu hingga berundur berakhir di Selatan Thailand.

Sejarah kejayan2 BESAR sebergini perlulah ditanam kesanubari anak2 muda dan sentiasa diperingati. Adakan menulis bergini boleh diCAP sebagai RASIS?

Tahniah kepada semua Askar2 Melayu/Bumiputra Sabah Sarawak, jasa anda tiada terbilang dalam mencapai kemerdekaan! Selamat menyambut 31 Ogos, hari keramat, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 62.

Blog Archive