Sunday, September 01, 2019

APABILA KERA MENDAPAT BUNGA

BENAR-BENAR berlaku maksud peribahasa Seperti Kera Mendapat Bunga, selepas pergantian Kerajaan Sabah.

Peribahasa melayu itu bermaksud seseorang yang tidak tahu menghargai ataupun menggunakan dengan cara betul, apa yang dia perolehi.

Kerajaan yang memerintah Sabah sekarang ini, tidak mengerti atau tidak faham bahawa kuasa diberikan untuk menambah baik keadaan agar lebih baik untuk membela rakyat.

Alasan bahawa kerajaan hanya kurang 2 tahun, sebab itu masih tidak "performed" bukanlah alasan yang diterima begitu sahaja, kerana sebelum ini berlaku juga pergantian Ketua Menteri Sabah, akan tetapi pergantian itu, bukan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang menurun, malah membaik. Malangnya, selepas pergantian Ketua Menteri selepas PRU-14, pertumbuhan ekonomi negeri merudum, misalnya tahun 2017 pada kadar 8%, namun tahun 2018 menjunam kepada 1.5%. Akibat menjunamnya pertumbuhan tersebut, maka berimpak kepada kadar pengangguran, apabila meningkat kepada 5.8% tahun 2018 daripada 5.6% tahun 2017. Demikian juga eksport negeri turun kepada 2.2% tahun 2018 daripada 4.6% tahun 2017.

Apabila pertumbuhan ekonomi tidak membaik, maka semua aktiviti ekonomi juga akan berkurang, maka impaknya kepada pendapatan rakyat secara umum. 

Jika keadaan ini, beterusan, maka yang terkena tempias adalah pencari kerja, khususnya para lepasan universiti atau pendidikan tinggi, termasuk juga pecari kerja sektor sokongan seperti pelayan-pelayan pasar raya atau kedai-kedai makan.

Para pemimpin kerajaan sekarang, kurang arif mana-mana yang diprioritikan, sebaliknya lebih suka bercakap soal-soal politik, yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat secara umum.

Para pemimpin kerajaan sekarang, ibarat tin kosong, nyaring sahaja bunyinya, tetapi kosong!!!.

Apabila peluang-peluang pekerjaan tidak terwujud, selain peningkatan sara hidup yang tidak terbendung, maka impaknya, kadar kemiskinan negeri akan terus meningkat. Sudah lah garis kemiskinan yang ditetapkan hanya RM980 untuk sekeluarga berjumlah 4 orang, kadar peningkatan hanya pada purta 8% setahun untuk tempoh masa 49 tahun, berbanding peningkatan perkapita 37% purata setahun untuk tempoh masa yang sama.

Nampaknya, melihat trend perekonomian negeri, jika beterusan, maka keadaan kehidupan rakyat Sabah akan terus merudum!!!.

1 comment:

Anonymous said...

Kempen membeli produk2 Muslim hanyalah dijalankan oleh NGO2 dan natizen2 secara individu, SECARA KECIL2AN sahaja dan bukanlah sehingga peringkat daerah, negeri atau negara yang dirasmikan oleh pembesar2 atau sebagainya.

Tapi ianya sudah menjadi kecoh satu Tanah Melayu bilamana menteri kereta terbang mengatakan ianya tidak constructive, sampai pencetus peristiwa pembunuhan 13 May juga mengatakan kempen ini tidak akan kemana2. Si Kutty juga mengatakan sedemikian ditambah pula kononnya ianya bersifat perkauman.

Kempen ini hanyalah dilihat memboikot produk2 DAP, sebuah parti politik dan ianya tiada kena mengena dengan perkauman. Nampaknya MUNGKIN ada pihak yang saban hari menghina Islam dan orang2 Melayu sudah panas punggung sehingga memaksa si Kutty membuat statement yang tiada kena mengena dengan matlamat kempen.

Walaubagaimana pun sebagai sebuah negara DEMOKRASI, rakyat dinegara ini bebas memilih atau berbuat apa yang mereka fikirkan perlu sepertimana kempen Buy British Last yang dilakukan Kutty suatu masa dahulu!

Blog Archive