Sunday, September 01, 2019

SENARIO POLITIK SABAH

LATAR BELAKANG politik Sabah, sejak awal kemerdekaan sehingga kini, tidak pernah aman. 

Keadaan ini berlaku sebagai impak kepada fahaman yang berbeza-beza, di lain pihak mahu Sabah ditadbir secara bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan, di lain pihak pula, Sabah perlu mentabir negari secara autonomi sempurna.

Akibat daripada dua kepentingan tersebut, maka politik Sabah sentiasa bersilih ganti. Kejatuhan semua kerajaan Sabah kerana fahaman seumpama ini termasuk pada PRU-14.

Kini, selepas PRU-14, politik Sabah semakin meriah lagi, sehinggakan sukar untuk diramal. 

Kecaluran politik Sabah, masih sangat rentan, meskipun PPBM telah bertapak di Sabah pada 6 April. Sebagai parti yang bersifat inklusif terhadap semua bumiputera Sabah, parti itu terpaksa berebut sokongan daripada kolam yang sama, antara Warisan dan Umno, malah PKR.

Kalau melihat latar belakang politik Sabah, parti yang bakal mendapat sokongan, adalah parti yang dipimpin oleh pemimpin yang mendapat sokongan secara umum. Usno, kerana Tun Mustapaha, Berjaya kerana Tun Fuad, PBS kerana Tan Sri Pairin, Umno kerana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, manakala Warisan kerana Datuk Shafie Apdal.

Politik Sabah, sangat bergantung kepada pemimpin. Senario terkini, apa yang dilihat oleh rakyat Sabah terbahagi-bahagi antara, Datuk Shafie dengan Warisannya, Datuk Hajiji dengan Bersatunya, Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar dengan USBOnya (walaupun USBO bukan parti politik, akan tetapi mempunyai penyokong daripada kalangan bumiputera islam dalam rumpun tersebut).

Terlalu awal, untuk melihat arah tuju USBO, meskipun, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tetamu khas pada satu Majlis Anjuran pertubuhan itu sehari selepas Hari Malaysia, iaitu pada 17 September, 2019, di Rampayan Laut Kota Belud. Kalau dilihat di atas kertas, dan diterjemahkan kepada hala tuju politik, jemputan terhadap Anwar, merupakan satu manifestasi menyokong bakal Perdana Menteri ke-8 negara tersebut.

Sokongan politik, bukan secara tersembunyi tetapi secara terang-terangan, yang dizahirkan melalui tindakan, kerana faktor tersebutlah yang bakal mempengaruhi rakyat semasa memilih dalam pilihan raya. Rakyat semasa pilihan raya, sangat bergantung kepada senario ini, seperti mana dibuktikan pada PRU-14.

Melihat apa yang bakal berlaku dalam senario politik Sabah, nampakanya, PRU-15 membuka ruang seluas-luasnya kepada para pemimpin utama politik Sabah membuka langkah tepat atau jitu, untuk merai sokongan, kerana latar belakang politik Sabah itu sendiri sangat pragmatik, terlalu sukar untuk dijelaskan di atas kertas.

Nampaknya, politik Sabah akan terus bergolak dan kemungkinan akan kekal dalam tempoh dasawarsa ini, selagi para pemimpin tidak bersatu sebagai satu pasukan, bagaikan seberkas lidi!!! Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive