Wednesday, July 17, 2019

NASIB AZMIN-HANYA MENGHITUNG HARI

KEPUTUSAN politik, kadangkala mudah diramal, kadangkala sebaliknya. Namun, isu yang menyelubungi Datuk Azmin Ali, ibarat kata pepatah, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

Desakan Shamsul Akin, supaya Azmin bercuti daripada jawatan, sementara menunggu siasatan, walaupun bersifat sindirian, memberi gambaran, bahawa kepimpinan PKR menjauhi Timbalan Presiden parti itu.

Kenyataan Ketua Polis Negara, bahawa siasatan mengarah kepada dalang dan penyebar video semburit yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut, membawa persepsi, bahawa pasangan Haziq Aziz Abullah sudah "diketahui", dan sebab itu lah Haziq disiasat menggunakan Seksyen Akta Jenayah 377B- perlakuan seks luar tabii sejenis secara suka sama suka.

Anggapan kini jelas, walaupun tiada sesiapa yang mengakui bahawa pasangan Haziq adalah Azmin, namun melalui kenyataan pihak yang menyiasat, biar mahkamah menamakan pasangan Haziq, persepsi orang ramai, bahawa selain rakaman semburit itu tulen, dan berikutnya pasangan Haziq sudah diketahui.

Dalam isu video semburit itu, memang seksyen 292 kanun keseksaan digunapakai bersama dengan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, namun hukuman seksyen-seksyen tidaklah berat berbanding hukuman dalam seksyen 377B.

Melihat kepada senario yang dihadapi Azmin, nampak gayanya Azmin semakin disisikan oleh parti beliau sendiri, tidak seperti mana, apabila Datuk Seri Anwar menghadapi isu yang sama suatu masa yang lalu.

Di kalangan kepimpinan PKR, hanya Zuraida Kamruddin yang masih beria-ia menyebelahi MP Gombak tersebut, manakala di luar parti itu, adalah Penyelaras PPBM Parlimen Jasin-Datuk Khairuddin Abu Hassan. Manakala Datuk Seri Anwar, walaupun secara tidak langsung senang hati, agar Azmin disahkan sebagai pasangan Haziq, apabila beliau membuat kenyataan- bahawa rakyat mahu mengetahui apa kah rakaman video lucah itu tulen atau sebaliknya dan mengenal pasti dalang perakam dan penyebar.

Melihat perkembangan isu yang menyelubungi Azmin, walaupun Tun Dr Mahathir merupakan tembok teguh yang disandari anggota kabinet tersebut, tidak akan sanggup mempertahankan beliau, jika semuanya terdedah dan mengsahkan, bahawa Haziq berpasangan dengan beliau. Pendek kata- Nasib Azmin hanya menghitung hari.

7 comments:

Anonymous said...

Habislah engkau Jemin Jamban, bekas MB pujaan sekalian rakyat Selangor, Peduli Rakyat?. Kini terpalit video dubur menduburi sejenis. Semakin suspen, apa2 pun tunggu hasil penyiasatan seterusnya... walau pun macam kura2, tapi TATAP ada progress...

Anonymous said...

wak jemin bersandar pada tembok teguh kutty fitnah... kiki.. tembok dah usang 94 tahun dah.. silap ari bulan tembok runtuh dolu..



kikikikiki..

Anonymous said...

Ini balasan Allah.tengok cara dia bercakap masa kempen pilihanraya kutuk org mcm org tu tak da mak bapak..tak sanggup nak dengar...

Keluang diamonds said...

Org yg paling terok si jemin belasah fitnah ialah dsnr . Tp dsnr bebas swafoto lg dgn geng yg tolak semburit . Harap ada lg pemfitnah2 dsnr dari ph yg akan melalui detik sukar seperti jemin ni akan dapat seperti apa jemin dapat .

Anonymous said...

Ambil dan simpan passport yg berkenaan dulu. Takut2 dia nak ambil flight tengah malam ke Australia. Sitar bank akaun peribadi dan isteri, siasat kekayaan luarbiasa dan keluarga terbabit. Jadikan pengajaran untuk semua. Rakyat MISKIN , ahli politik kayaraya luar biasa. Ingat balasan Allah SWT.

Anonymous said...

Say no to ALL corrupt politicians in Malaysia. No to LGBTQQ.

Anonymous said...

Pelanduk sllu lupakan jerat ttp jerat x prnah lupakan pelanduk. Apa nk buat jemin ... langit bknnya sllu cerah ttp kau sibuk curahkn cepat2 air di dlm tempayan...

Blog Archive