Latest News

RAHIM BERPATAH BALIK KE UMNO

HANYA kerana tidak dilantik pada sebarang jawatan parti, maka mantan Ketua Bahagian Umno Papar Datuk Rahim Ismail kembali semula ke parti Umno.

Rahim mendakwa keputusan beliau berpatah balik, kerana merasakan politik beliau cuba "dilumpuhkan" apabila diketepikan daripada Badan Kepimpinan PPBM Negeri Sabah.

Dalam satu kenyataan, mantan ADUN Pantai Manis tahun 1990-2018 tersebut, kembalinya beliau ke Umno kerana jemputan pimpinan Umno Bahagian Papar.

Bagi PPBM Sabah, dakwaan Rahim, bahawa tindakan beliau kerana merasaskan karier politik beliau cuba dilumpuhkan, sebenarnya tidak mengejutkan, kerana mantan ADUN tersebut, terlepas pandang pendekatan PPBM Sabah yang mengutamakan kepimpinan baharu yang difikirkan sesuai untuk menerajui bahagian-bahagian.

Tindak timbul bahawa BPN Sabah yang dipengerusikan oleh Datuk Hajiji Haji Noor yang juga ADUN Sulaman, digambarkan sebagai sangat berkuasa, kerana lantikan-lantikan ke bahagian-bahagian atau BPN hanya bersifat permulaan, dalam rangka penyususnan organisasi dan pemantapan parti.

Seseorang pemimpin sebenarnya maklum, jawatan-jawatan lantikan adalah tidak kekal,kerana jawatan-jawatan itu boleh dicabar dalam pemilihan parti.

Rahim merupakan calon Bn daripada Umno pada PRU-14, namun tewas kepada calon Parti Warisan Sabah- Datuk Aidi Moktar. Selain Rahim, calon Bn daripada Umno untuk Parlimen Papar juga kalah kepada calon Parti Warisan Sabah. Hanya DUN Kawang dalam Parlimen Papar berjaya dipertahankan oleh Datuk Ghulam Haidar Khan. Parlimen Papar dan dua Dun dalam parlimen tersebut telah dimenangi calon Umno/Bn sejak tahun 1990 beterusan sehingga PRU-13.

Ketua Bahagian PPBM Papar adalah Datuk Ghulam Haidar Khan-ADUN Kawang.

Difahamkan juga, mantan ADUN Liawan dan Ketua Bahagian Umno Keningau- Datuk Sairin Karno mengikuti langkah Rahim. Alasan yang sama diberikan, kerana tidak dilantik ke sebarang jawatan dalam PPBM Sabah.

3 Responses to "RAHIM BERPATAH BALIK KE UMNO"

Anonymous said...

Kepada UMNO tak usahlah terima orang2 seperti ini. Specis yang tak berperinsip seperti ini ramai didalam masyarakat! Mereka hanya mahukan pangkat dan kedudukan sahaja, bukan untuk perjuangan Islam, Melayu untuk anak cucu cicit...

Anonymous said...

Tak usahlah UMNO menerima orang2 seperti ini lagi, specis2 seperti ini hanya akan merosakkan PERPADUAN UMMAH PAS UMNO menjelang PRU15 nanti. Specis bermuka2 ini ramai didalam parti, mereka hanya mahukan imbuhan bukan perjuangan sebenar untuk Islam dan Melayu... Ini pesanan ikhlas dari akar umbi!

Puaka Rimba said...

Umno kena terima beliau sebab dlm umno sekarang semua jenis sisa pepejal.hihihikikikihahahakahkahkah

Blog Archive