Thursday, July 25, 2019

IMPAK PENGGUNAAN PAM BOT DI SABAH

Tujuan kerajaan pimpinan Datuk Shafie Apdal membenarkan semula penggunaan pam bot di Sabah, untuk memberi peluang kepada nelayan kecil meneruskan aktiviti penangkapan ikan lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.

Pam bot yang mempunyai keupayaan menyusup di kawasan-kawasan cetek, menghalang pihak berkuasa mengejar atau membuat pemereksaan, sehinggakan ada pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kemudahan itu untuk tujuan jenayah.

Sejak kerajaan Sabah membenarkan penggunaan pam bot, jenayah penyeludupan khususnya membabitkan barang-barang kawalan kerap berlaku. Terbaru, Polis Marin Tawau telah berjaya menyita 1,650 liter petrol yang diseludup ke negara jiran.

No comments:

Blog Archive