Monday, June 10, 2019

PARTI POLITIK: DISEBALIK JUMLAH KEAHLIAN

Ramai menganggap bahawa jumlah keahlian sesebuah parti politik menggambarkan kekuatan khususnya apabila berdepan dengan pilihan raya.

Semasa berdepan PRU-14, Umno mempunyai keahlian lebih 3.5juta, 560,000 daripadanya adalah daripada Umno Sabah.

Jika semua ahli itu, setia kepada parti yang disertai, Umno tidak kehilangan kuasa pada PRU lalu. Melihat kepada senario itu, jumlah keahlian tiada jaminan akan setia kepada parti yang dianggotai.

Di Sabah, selepas PRU-14, terdapatnya 2 parti secara nyata mahu merekrut seramai mungkin ahli. iaitu Warisan dan PPBM (Bersatu).

Parti Warisan Sabah yang sedang menerajui Kerajaan Sabah dikatakan telah mempunyai 200 ribu ahli, manakalah Bersatu yang hanya dilancar pada 6 April lalu, juga mengaku sedang memproses mendekati 200ribu keahlian, dan tahun depan dijangka mencapai 300ribu.

Sebagai rekod, pada PRU-14, terdapatnya 1.1juta pengundi berdaftar Sabah, dan jikapun ada pertambahan jumlah pengundi menjelang PRU-15, jumlahnya lebih kurang 1.3juta.

Jumlah pengundi itulah yang direbut oleh parti-parti politik, seperti PKR, DAP, Warisan, Bersatu, Umno, PBS, UPKO, PBRS, dan parti-parti lain.

Kekangan untuk mengenalpasti status keahlian sesebuah parti, kerana di negara ini, belum ada satu sistem yang membolehkan "cross check" keahlian, sehinggakan timbul "double membership" malah "triple membership".

Jumlah keahlian, merupakan "bargaining power" perundingan bagi parti-parti yang sekumpulan untuk menentukan jumlah kerusi yang bakal ditandingi semasa pilihan raya, manakala parti-parti yang bersendirian, jumlah keahlian, hanya berupa rekod atas kertas selain memenuhi perlembagaan parti itu.

Di Sabah, jumlah kerusi yang diberikan kepada Warisan, Bersatu dan PKR akan ditentukan oleh jumlah ahli. Mungkin atas sebab itu, Warisan dan Bersatu berlumba-lumba merekrut seramai mungkin ahli.

Apa kah jumlah ahli bakal menentukan jumlah kerusi? untuk sementara ianya bukan penanda aras, kerana adalah diyakini, jumlah kawasan yang dimenangi pada PRU-14 dan jumlah yang wakil rakyat yang dimilki masing-masing parti merupakan penentu komposisi kerusi antara dua parti itu.

Jika Sabah masih menggunakan persempadanan tahun 2002 seperti mana digunakan pada PRU-14, dan senario politik selepas PRU itu, maka kebarangkailan kompoisi kerusi bagi Warisan, UPKO dan PH adalah:- Warisan-30, Bersatu-15, UPKO-6, DAP-6, PKR-3.

Melihat kepada senario politik semasa, semua kawasan yang dialokasikan kepada parti-parti tersebut bakal dimenangi oleh parti-parti tersebut; dengan kata lain pada PRU-15 Dun Sabah akan mempunyai wakil rakyat daripada parti-parti yang saling bekerjasama, tanpa parti pembangkang.

Jika kawasan persempadanan yang diluluskan pada tahun 2016 digunapakai, iaitu 73, maka komposisi akan menjadi Warisan-35, Bersatu-18, UPKO-8, DAP-6 dan PKR 6. 

Berpandukan kepada kebarangkalian komposisi kerusi peringkat Dun antara parti-parti yang sedang berkolaborasi, jumlah keahlian di antara parti-parti itu sebenarnya bukanlah menggambarkan kekuatan masing-masing parti, akan tetapi kekuatan sebenar adalah kombinasi sokongan terhadap parti-parti itu oleh para pengundi, seperti mana ditunjukkan menerusi PRK Sandakan.

Pada PRK Sandakan, di atas kertas parti Umno yang menyokong calon PBS dikatakan mempunyai keahlian lebih 9 ribu bagi parlimen tersebut, namun jumlah keahlian itu tidak tergambar menerusi undi yang diperolehi calon PBS.

Pendek kata, berasaskan trend pengundian pada PRU-14 Sabah dan PRK Sandakan, jumlah keahlian sesebuah parti bukanlah penanda aras kemenangan.

No comments:

Blog Archive