Wednesday, June 26, 2019

HAFEZ TAN SRI MUSA KEKAL MP P.178 SIPITANG

MUNGKIN bertujuan menguji ketelusan undang-undang, kemudiannya, tidak bersedia untuk perbicaraan, calon Parti Warisan Sabah- Noor Hayaty binti Mustapha menghulurkan masa dan menganggu perkhidmatan Hafez Tan Tan Sri Musa yang dipilih sebagai ahli Parlimen P.178 Sipitang pada PRU-14 lalu.

Petisyen calon Warisan tersebut pada mulanya diketepikan oleh Mahkamah Pilihan Raya pada Oktober, 2018, namun rayuan beliau akhirnya sampai ke peringkat Mahkamah Persekutuan yang mana pada hari ini, Ketua Hakim Negara- Tengku Maimun Tuan yang mengetuai panel 5 anggota membuang rayuan itu dengan RM40,000 sebagai kos kepada Hafez, manakala RM30,000 dibayar kepada responden kedua dan ketiga, iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya- Matlin Dullah dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Hafez yang bertanding sebagai calon Bn pada PRU-14 berdepan dengan dua calon, selain Noor Hayaty. Seorang lagi Dayang Aezzy Liman daripada Parti Harapan Rakyat Sabah.

Pada PRU itu, Hafez menang dengan majoriti 852 undi apabila mendapat 12,038 undi berbanding Noor Hayaty 11,186 dan Dayang Aezzy 1.547 undi.

Pada Disember tahun 2018, MP Sipitang tersebut mengistiharkan diri beliau sebagai ahli parlimen bebas. Pada April lalu beliau menyertai PPBM pimpinan Tun Dr Mahathir bersama-sama dengan beberapa MP, Adun, senator dan mantan-mantan pemimpin Umno Sabah.

Pada PRU-14, kerajaan yang diterajui Umno tumbang di peringkat Persekutuan, manakala di Sabah, meskipun sempat menubuhkan kerajaan negeri selama 48 jam, namun akhirnya tumbang, kerana tindakan beberapa ADUN berpaling tadah dan seterus menyokong kolaborasi Parti Warisan Sabah, PKR dan DAP. untuk membentuk kerajaan Negeri Sabah.

No comments:

Blog Archive