Monday, May 27, 2019

SABAH KITA PUNYA

TUJUAN penubuhan parti politik adalah untuk mendapat kuasa.

Dalam proses mendapatkan kuasa itu, maka sokongan rakyat diperlukan.

Untuk mendapat sokongan itu, maka dipilih slogan yang menggamit sokongan. Parti Warisan Sabah memilih SABAH UBAH menjelang PRU-14, melawan TATAP BN!!!.

Walaupun Warisan tidak menang pada PRU-14, akan tetapi mampu mendapat 21 kerusi Dun, 15 daripadanya kawasan Umno.

Pada PRU-14, jika dilihat daripada parti, Warisan mengatasi Umno, kerana parti tunjang kerajaan lalu itu hanya menang 17 kerusi Dun.

Hakikat perlu diakui, kerana slogan SABAH UBAH, maka menyebabkan Umno kehilangan banyak kerusi.

Pada PRK Sandakan, timbul slogan tambahan, SABAH KITA PUNYA, impaknya, Pusat Daerah Mengundi yang tidak pernah dimenangi DAP, termasuk pada PRU-14, pada PRK itu DAP berjaya menembusi kawasan-kawasan tersebut, termasuk PDM Pulau Berhala dan Sim-Sim.

SABAH KITA PUNYA, dikalangan parti yang membangkang kerajaan yang diterajui Warisan dan Pakatan Harapan, menganggap, slogan itu ada hubung kait dengan pengubahan demografi penduduk Sabah.

Pengubahan demografi penduduk Sabah sebenarnya telah bermula sejak tahun 70-an lagi. Sebagai bukti kepada perubahan itu, apabila persempadanan pilihan raya Sabah berubah daripada 20:20:8 kepada 32:20:8 pada tahun 2002.

Parti Warisan Sabah berpaksi pada PRU-14, tidak mahu mensia-siakan trend sokongan terhadap parti itu, walaupun parti itu merupakan parti berbilang kaum, namun penyokong majoritinya adalah di kawasan yang termasuk dalam kumpulan 32, iaitu kawasan islam. 

Akibat perubahan senario politik Sabah selepas PRU-14, kawasan-kawasan seperti Pitas, Tempasuk, Sukau, Balung, Tanjong Batu, Sebatik, Kemabong, Kuamut, dan Sugut, bakal dimiliki parti pimpinan Datuk Shafie Apdal tersebut. Dengan tambahan 9 kerusi Dun itu, maka membolehkan parti itu mempunyai 30 Dun sebagai single party daripada 60 Dun Sabah.

Sebenarnya KUASA mengatasi ideologi. Pemimpin KDM dalam Warisan atau sekutunya UPKO, "tidak senang" dengan polisi mesra pengubahan demografi penduduk Sabah. Mereka ini bersituasi telan mati emak, luah mati bapa, akan tetapi untuk TETAP berkuasa, mereka perlu memendam ideologi.

Faktor SABAH UBAH dan SABAH KITA PUNYA, apa kah akan terus diterima rakyat Sabah, akan dibuktikan pada PRU-15.

Untuk sementara, parti-parti pembangkang di Sabah belum mempunyai slogan yang dikira dapat menggamit sokongan rakyat post PRU-14, kecuali Parti USNO mencadangkan "NEW DEAL" dalam rangka BANGKIT SEMULA parti itu. 

No comments:

Blog Archive