Sunday, May 05, 2019

PRK SANDAKAN: DATUK RAYMOND TAN AMBIL PELUANG UNTUK KEKAL RELEVAN

APABILA SAPP keluar daripada Bn tahun 2008, Datuk Raymond Tan keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Gerakan, untuk terus menjadi anggota kabinet Kerajaan Sabah.

Raymond merupakan anggota kabinet Sabah terlama, bermula tahun 1994, sehinggalah pada PRU-14, apabila beliau tewas di Dun Tanjong Papat, Sandakan, Dun yang diwakili beliau selama 24 tahun.

Selepas PRU-14, Parti Gerakan keluar daripada Bn, dan sejak itu, kelibat mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah kuota kaum cina itu tidak muncul dikhalyak ramai, sehinggalah menyertai Parti Warisan Sabah sempena kempen PRK Sandakan.

Penyertaan Tan, kononnya untuk memberi "boost" pada kempen calon DAP-Vivian Wong, dengan anggapan, mantan ADUN Tanjong Papat itu, mampu membawa 4,000 pengundi yang mengundi beliau pada PRU-14.

Pada PRU-14, undi calon DAP-mendiang Wong Tien Fatt lebih 19,000 dan menang dengan majoriti lebih 9,000 undi.

Jika calon DAP boleh mendapat tambahan 3,000 undi, bermakna, kemasukan Raymond Tan mempunyai impak, namun jika sebaliknya, maka kemasukkan beliau tidak membawa impak apa-apa.

Raymond Tan mengambil peluang PRK Sandakan, semata-mata untuk beliau kekal relevan dalam arena politik.

No comments:

Blog Archive