Thursday, March 07, 2019

SAMBUTAN PPBM DI SABAH BERGANTUNG PEMIMPIN YANG MENGETUAINYA

Para Pemimpin tidak berparti Bermesyuarat Hari ini
JANGAN lupa politik masa kini, perang persepsi sudah mengambil tempat. Politik konvesional telah terlangkaui politik persepsi seperti yang bermula pada PRU 2008, berlanjutan pada PRU 2014, dan memuncak pada PRU-2018 atau PRU-14.

Sambutan rakyat Sabah terhadap PPBM, sangat bergantung siapa pemimpin yang mengetuainya. Sebabnya kenapa? pemimpin itu lah menjadi sandaran dan harapan rakyat. Rakyat tahu menyandarkan pada pemimpin yang akhirnya hanya mencukupi korum, tidak akan memberikan apa-apa faedah pada mereka.

Peluang pemimpin mendapat kedudukan, dan seterusnya menerusi kedudukan, maka ada kuasa. Kuasa ini lah yang dicari dan diharapkan oleh rakyat.

Di Sabah, 3 parti merebut lubuk yang sama. Parti itu adalah Warisan, Umno dan PPBM. Lubuk yang direbut itu, jika berasaskan persempadan pilihan raya sekarang, adalah 32 daripada 60. Oleh kerana 3 parti itu merebut lubuk yang sama, maka rakyat sudah tentunya melihat kepada barisan kepimpinan.

Pada Warisan, adanya Datuk Shafie Apdal, pada Umno adanya Datuk Bung Moktar Radin, pada PPBM masih ditunggu, akan tetapi dalam senarai pemimpin yang bakal menyertai PPBM, tersenarai Datuk Hajiji Haji Noor, Datuk Seri Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Datuk Seri Masidi Manjun, selain pemimpin pelapis seperti Datuk Nizam Abu Bakar Tiitingan, Datuk Arifin Arif, Datuk Japlin Akim dan ramai lagi.

Sejarah politik Sabah, parti yang mendapat sokongan rakyat, adalah parti yang dibarisi pemimpin yang boleh membela rakyat. 

Tidak dinafikan, barisan pemimpin yang bakal menyertai PPBM, adalah para pemimipin yang mempunyai rekod tersendiri. Rekod mereka bukan calang-calang. 

Perlu diakui, jika rakyat menggunakan rekod, tanpa dibelengu dengan persepsi, barisan pemimpin yang bakal menyertai PPBM Sabah, adalah mereka yang berjiwa rakyat, atas sebab, sebahagian hidup mereka dihabiskan bersama rakyat.

Adalah diharapkan, parti PPBM yang akan dilancarkan sedikit masa lagi, para pemimpin yang tersenarai diberi peranan untuk mencatur parti di negeri Sabah, sebagai alternatif kepada rakyat. Rakyat Sabah perlu diberi peluang dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai rekod dan merit. Fikir-fikirkan lah.

No comments:

Blog Archive