Thursday, March 07, 2019

KERJASAMA UMNO-PAS: KENAPA PH PANIK?

PELIK BUKAN!!!. dikala Umno dan Pas dianggap hampir mati, kemudiannya 2 parti yang hampir mati itu berpelukan untuk sama-sama masuk kubur, mereka yang mengatakan 2 parti itu menghampiri kematian, menjadi panik, sehinggakan masing-masing mengambil senjata, menembak merata, kerana ternampak hantu jembalang 2 parti itu.

Sepatutnya mereka itu, patut bertempik, bersorak gembira, kerana 2 musuh utama mereka sanggup masuk kubur bersama, dan seterusnya menunggu ditalkinkan.

Semasa PRK Semenyih, salah seorang pemimpin utama telah membaca Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un terhadap 'kematian bn" dan pada masa yang sama mendakwa Umno juga menuju kematian.

Umno dan Pas berpelukan menunju kematian bersama, tetapi dianggap oleh Lim Guan Eng sebagai mengistiharkan perang terhadap bukan melayu dan bukan islam (walaupun beliau menukar perkataan perang kepada menyasarkan).

Perkara pokok yang dilupakan oleh pemimpin Malaysia baharu, adalah jaminan dan janji mereka terhadap kebebasan bersuara, kebebasan terhadap pilihan rakyat, kebebasan menyertai mana-mana parti. Mereka juga lupa, dalam dunia demokrasi, tiada salah silap, parti-parti bekerjasama, kerana samada mendapat sokongan atau sebalik, semuanya terletak kepada rakyat.

Penulis sedar, pemimpin PH, bertindak demikian, semata-mata memastikan pengundi Rantau, menjelang PRK 13 April,2019 khusus pengundi cina dan india memastikan mengundi calon PH. DUN Rantau yang mempunyai komposisi antara melayu dan cina+india hampir sama banyak, maka, jika undi cina dan india bulat kepada PH, dan mereka mendapat tidak kurang 10% undi melayu, maka calon mereka boleh menang.

No comments:

Blog Archive