Thursday, March 28, 2019

PRK SANDAKAN, SABAH MENYUSUL SELEPAS PRK RANTAU

PARLIMEN Sandakan, Sabah kosong, kerana MP kawasan itu Datuk Stephen Wong Tein Fatt yang juga ADUN dilantik merangkap Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah. meninggal dunia.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Sabah, pagi tadi menyertai kegiatan mendaki bukit di Tambaig Adventure Park, Kampung Duvanson, Putatan, dekat sini, sebelum dipercayai diserang sakit jantung dan dibawa ke hospital.

Tien Fatt memenangi Parlimen Sandakan buat penggal kedua pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mengalahkan calon Bn daripada LDP dengan majoriti 10,098, manakala pada PRU-13, menang atas Datuk Liew Vui Keong, juga calon Bn/LDP dengan majoriti 1,008.

PRK Sandakan merupakan PRK kali pertama di Sabah selepas PRU-14.

Stephen menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Sabah apabila Kerajaan Bn Sabah tumbang, ekoran pengkhiantan 6 Adun Bn, 4 daripada Umno dan 2 UPKO.

Menerusi PRK Sandakan, rakyat Sabah akan mengetahui hala tuju sebenar politik Sabah yang semakin celaru pasca PRU-14.

1 comment:

Anonymous said...

DUN RANTAU KITA MENANG BERGAYA
JANGAN LUPA UNDI SANDAKAN PULA
BARUA TUAN BABI GELABAH TERASA
JAGA2 LANGKAWI TUNGGU MASA AJER

KIKIKIKIKI...

Blog Archive