Friday, March 08, 2019

PPBM SABAH DILANCAR 6 APRIL 2019

PPBM Sabah bakal dilancar pada 6 April, 2019 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Pelancaran akan disempurnakan oleh Tun Dr Mahathir.

Pengesahan pelacaran PPBM Sabah disahkan dalam mesej WhatsApp Datuk Masidi Manjun, selepas beliau bersama Datuk Hajiji Noor dan Datuk Dr Ronald Kiandee selesai bertemu Presiden PPBM Tan Sri Muhiyiddin Yassin di Ibu Negara, pada Jumaat.

Kemasukan PPBM ke Sabah di umumkan sendiri oleh Tun Dr Mahathir bulan lalu. Ekoran pengumuman itu, berbagai rekasi daripada pemimpin Sabah, khususnya pemimpin pertengahan Parti Warisan yang menunjukkan penentangan kepada hasrat tersebut, namun mereka terpaksa akur pada sistem demokrasi, kerana tiada undang-undang menghalang mana-mana parti yang sah menubuhkan cawangannya di mana-mana di negara ini.

Kemasukkan PPBM ke Sabah atas jemputan para wakil rakyat bebas dan para pemimpin tidak berparti di Sabah.

Menurut catitan Datuk Masidi Manjun, Datuk Hajiji bakal dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja PPBM Sabah.

Apabila PPBM bertapak di Sabah, parti itu akan mempunyai 8 ADUN, di Dun Sabah. 

Dengan bertapaknya PPBM di Sabah, apa kah akan berlaku, rombakan kabinet Sabah? memandangkan parti itu adalah parti ke-2 terbesar selepas Parti Warisan.

Kemasukkan PPBM, akan mengwujudkan kestabilan politik Sabah. Rekod Sabah, apabila politik stabil, maka pembangunan & kemajuan berjalan lancar.

No comments:

Blog Archive