Monday, March 11, 2019

PARTI WARISAN SABAH DILANDA SINDROM MEREBUT HARTA RAMPASAN PERANG

PENGUTAMAAN sanak saudara, kroni dan handai taulan merupakan pendekatan Kerajaan Parti Warisan Sabah sejak mendapat kuasa menerusi pengkhiantaan ADUN Umno dan UPKO pada 12 Mei,2018.

Di semua peringkat, penggantian para individu daripada kerajaan dahulu telah diisi oleh mereka yang berkategori, sanak saudara, kroni dan handai taulan, sehinggakan menunjukkan bahawa Kerajaan Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah (PWS) dalam situasi hiruk pikuk bagaikan membahagi-bahagikan harta rampasan perang.

Keadaan ini, bukan sahaja dirasakan rakyat biasa, akan tetapi mereka yang bertungkus lumus menyokong parti itu pada PRU-14, namun kini telah disisikan/dilupakan, malah dianggap sebagai melukut ditepi gantang.

Kini timbul pula, penyokong asal dan penyokong baharu, sehinggakan Datuk Shafie Apdal semasa berucap semasa menerima kemasukkan "6000" borang bersama-sama ADUN Tempasuk- Datuk Musbah Jamli pada Ahad bertempat di Dewan Terbuka Datuk Musbah Jamli, Kg Taun Gusi, Kota Belud, terpaksa membuat kenyataan, bahawa penyokong asal tidak akan dilupakan, kerana menerima penyokong baharu.

Para pemimpin PWS mungkin merasa terkejut kerana dapat menubuhkan kerajaan, sebab itu, ketamakan menyelubungi semua peringkat, sehinggakan menganggap, bahawa semua jawatan, semua harta Sabah adalah milik mereka, maka ianya tidak perlu dikongsi dengan pihak lain.

Para pemimpin PWS terlupa, bahawa Sabah mempunyai lebih 1.1juta pengundi dengan 3.2juta rakyat tidak termasuk lebih 700ribu penduduk asing, mempunyai 32 etnik, mempunyai 60 kawasan DUN, dan 25 kawasan Parlimen.

Melihat cara pemerintahan PWS yang mengutamakan etnik-etnik tertentu bagi jawatan-jawatan penting, malah mereka itu, sebahagian besarnya, dalam kateogri sanak saudara, kroni dan handai taulan, mencerminkan, bahawa Kerajaan yang diterajui Shafie bukan untuk rakyat Sabah, akan tetapi kerajaan yang bercorak KITA-KITA SAHAJA.

Rakyat Sabah secara umum, perlu mengambil iktibar keadaan pemerintahan Sabah kini, dan ianya perlu diperbetulkan, agar semua rakyat mempunyai peluang sama rata tidak mengira latar belakang dan agama.

Sesebuah kerajaan perlu bertindak adil kepada semua rakyat, tidak sama sekali meminggirkan pihak-pihak lain.

No comments:

Blog Archive