Sunday, February 03, 2019

TINDAKAN PARTI WARISAN SABAH UNTUK KEKAL RELEVAN

Datuk Shafie Apdal sedar berasaskan keputusan PRU-14, segmen penduduk Sabah yang menyokong parti itu adalah daripada suku bajau, ubian, melayu Sabah, idahan, Suluk, Bugis dan Jawa. Berasaskan kepada sokongan itu, maka parti itu menang 21 kerusi pada PRU itu.

Daripada 21 kerusi itu, hanya DUN Moyog, merupakan kawasan KDMR, manakala 20 kawasan lain adalah segmen penduduk Sabah yang terdiri daripada sukuan yang disebutkan pada para 1.

Memang diakui, pada PRU-14, DUN Sebatik, Balung, Tanjung Batu dan Apas, masih dimenangi calon-calon Umno, namun Parlimen Kalabakan ditawan calon Warisan. Walaupun Umno menang di 4 ADUN itu, akan tetapi majoriti kemenangan menurun sekali jika dibandingkan dengan majoriti kemenangan pada PRU-13 (Pada PRU-13, Shafie masih bersama Umno, kerana beliau hanya keluar pada Julai, 2016).

Melihat kepada kencenderungan pengundian pada PRU-14, khususnya di DUN Merotai, di mana jumlah penduduk Bugis dan Jawa signifikan, maka Shafie melihat, menjadikan dua suku ini sebagai penyokong akar umbi bagi PWS, supaya 2 suku ini menarik sokongan mereka terhadap Umno. Lagipun, ADUN Sebatik, Tanjung Batu dan Merotai, serta Parlimen Kalabakan adalah wakil rakyat daripada parti itu, walaupun ADUN Balung telah menyertai PKR.

Dalam senario politik Sabah, sesebuah parti akal kekal relevan, jika disokong oleh segmen penduduk berasaskan suku, seperti mana berlaku pada PBS, UPKO, PBRS, STAR, DAP dan PKR.

Umno menjadi parti terbesar Sabah, apabila disokong segemen penduduk yang disebutkan pada para 1, dan sebahagian KDMR. Shafie sebagai mantan pemimpin Umno melihat itu, atas sebab itu, untuk PWS kekal relevan, maka beliau menumpukan kepada suku kaum itu.

Shafie sedar, sokongan KDMR tidak kekal, kerana melihat sejarah politik Sabah, bahawa sokongan kaum itu, hanya boleh bertahan 2 penggal, seperti mana dialami Parti Berjaya. Hakikatnya, PWS dan Berjaya adalah serupa, parti berbilang kaum.

Shafie tidak mahu mengulangi kesilapan Parti Berjaya, apabila tidak membangun sokongan daripada para suku yang disebutkan pada para 1, sebaliknya menumpukan pada suku kaum KDMR dan cina.

Senario politik Sabah, parti yang mendapat sokongan daripada suku-suku yang disebutkan pada para 1, boleh kekal lama, seperti mana pengalaman Umno yang menjadi tunjang kerajaan sejak tahun 1994.

Penulis tidak pelik, apabila para pemimpin islam PWS, membuat tindakan, akan mempertimbangkan suku bugis dan jawa menjadi suku asal Sabah, seperti mana argumentasi ADUN Bongawan yang juga anggota kabinet Kerajaan Sabah- Datuk Aidi Moktar.

No comments:

Blog Archive