Thursday, January 17, 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS: JANJI BUKAN KITAB SUCI VS BOSSKU

Tidak dinafikan, bahawa PRK Cameron Highlands, Pahang menjadi perhatian rakyat negara ini, kerana ia membabitkan salah satu daripada dua negeri yang masih diperintah Barisan Nasional. Bukan itu sahaja, PRK kali ini berlaku di negeri BOSSKU, mantan Perdana Menteri-6 negara.

PRK kali ini, berlaku hanya kerana calon atau agen calon Bn pada PRU-14 didapati membayar wang minyak semasa pilihan raya itu. Wang minyak, atau sebarang pemberian kepada pengundi semasa berlakunya pilihan raya adalah merupakan satu kesalahan, dan jika ianya berlaku, membolehkan keputusan dibatalkan.

Tidak pasti, selepas ini, apa kah keputusan bakal dibatalkan, jika kemenangan berpihak kepada PH, kerana telah diakui sendiri oleh para pemimpin PH, bahawa wang minyak telah diberikan.

Oleh kerana senario politik sudah berubah, maka keputusan PRU-14, tidak boleh dijadikan sebagai penanda aras, berkaitan kecenderungan para pengundi kawasan itu. 

Isu-isu sudah berbeza, pendekatanpun sudah berbeza, Apa yang pasti, Bn akan membangkitkan janji-janji PH semasa PRU-14, manakala PH pula meneruskan dakwaan-dakwaan mereka sebelum ini, berkaitan pemimpin Bn, khususnya berkaitan BOSSKU.

Sejauh mana kah berkesannya, janji-janji yang tidak ditunai melawan status BOSSKU, akan ditentukan pada 26 Januari ini.

No comments:

Blog Archive