Sunday, January 06, 2019

PERSEKUTUAN MALAYSIA SELAMANYA

Apabila Sabah dan Sarawak bersetuju bersama Malaya membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September, 1963, maka seharusnya masa itu adalah titik bermulanya satu negara baru.

Memang, apabila adanya persetujuan maka ada perjanjian, perjanjian itu dibutirkan menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Adalah diakui setiap perjanjian, tidak akan mampu ditunaikan sekelip mata, kerana ianya memerlukan masa yang sangat panjang.

Apabila terwujudnya negara persekutuan, maka apa-apa sahaja klibat daripada mana-mana pihak, perlu kembali kepada pengertian Persekutuan, kerana itulah asasnya. Kata orang sesat dihujung jalan, maka kembali ke panggal jalan.

Kerajaan yang dibentuk, mempunyai Perlembagaan, bagi Malaysia, dipanggil Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Perbalahan berkaitan Persekutuan Malaysia, bermula tahun 1985, apabila PBS memerintah. Masa itu, belum dibincangkan berkaitan MA63, akan tetapi 20 perkara, namun kemudiannya, 20 perkara itu ditingkatkan kepada MA63.

Mereka yang tidak terlibat dengan Pembentukan Persekutuan, mendasari hujah-hujah mereka pada dokumen-dokumen lalu, kemudiannya mereka membuat interpretasi berasaskan keadaan semasa. Sedangkan sejarah itu, tidak boleh difahmi demikian, kerana situasi dan kondisi berbeza. 

Di Sabah, selepas PRU-14, telah berlaku perubahan kerajaan. Kerajaan yang memerintah, didapati sedikit pemimpinnya yang memahami konsep Persekutuan, sehinggakan gejala itu, boleh mengancam kewujudan Persekutuan.

Kerana kebimbangan itu, maka para pemimpin yang mahir berkaitan konsep persekutuan, mahu mengimbangi gejala itu, menerusi parti yang disifatkan mampu memelihara Persekutuan Malaysia.

Jika dahulu, parti Umno merupakan parti yang boleh disandarkan memerlihara konsep negara persekutuan, namun kini telah kehilangan kuasa, bukan kerana konsep negara Persekutuan, akan tetapi perbalahan antara pemimpinnya, sehinggakan rakyat menolaknya.

Berasaskan pada senario politik semasa, penulis melihat, konsep Persekutuan, akan terperlihara menerusi sebuah parti yang menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan, iaitu, PPBM.

PPBM yang berkonsepkan peribumi, parti yang bersifat menyuluruh bagi golongan peribumi, akan memelihara konsep negara persekutuan, dan seharusnya akan menjamin, negara persekutuan akan wujud sebagai negara berdaulat.

PPBM sebagai sebuah parti yang mewakili peribumi, yang meliputi 70 peratus daripada rakyat negara ini, perlu mengembangkan sayap di mana sahaja di negara ini, termasuk Sabah, sebagai pautan bagi rakyat yang cintakan negara, cintakan negara Persekutuan.

Perlu disadari, tiada negara yang berpecah akan kuat, seperti mana ditunjukkan oleh negara-negara Balkan, yang berpecah, sehinggakan negara-negara itu, bukan sahaja menjadi lemah, malah mudah diperkotak katikan oleh kuasa-kuasa besar.

Di negara ini, belumpun Malaysia berpecah, sudah ada negara jiran yang disokong oleh adi kuasa, berani melanggar ruang udara negara, berani membuat provokasi kepada kapal perang negara, cuba bayangkan jika negara berpecah, dan seterusnya menjadi lemah, masa itu, semua pihak akan putih mata.

Hakikat yang perlu diterima, keharmonian dan keamanan yang kita kecapi di Sabah, kerana adanya NEGARA PERSEKUTUAN, jika tiadanya Persekutuan, mungkin diantara kita bertumpah darah, kerana pada masa itu, kumpulan yang kuat, akan menindas kumpulan yang lemah.

Sudah dibuktikan menerusi pemerinatahan di Sabah , malah kini sedang berlaku, kerana pihak-pihak yang merasa kuat, bertindak menindas mereka yang lemah, cuba bayangkan jika keadaan ini beterusan, maka akan menuju perbalahan yang bakal tidak terbendung. Oleh kerana gejala itu, kehadiran parti yang boleh mengimbangi atau parti yang boleh melaksanakan semak dan imbang sangat diperlukan. Untuk masa ini, penulis melihat, PPBM boleh melaksanakan misi itu. Lagipun, para pemimpin yang kini bergabung dalam BEBAS BERSATU yang berkecenderungan menyertai parti itu, adalah terdiri daripada mereka yang condong kepada negara persekutuan.

No comments:

Blog Archive