Friday, January 11, 2019

MANTAN PEMIMPIN UMNO: AKAN BERJAYA KAH SHAFIE BAWA MASUK WARISAN?

Akhir-akhir ini, ternampak sungguh, Datuk Shafie Apdal beria-ia sangat menjemput para mantan wakil rakyat Umno menyertai beliau, walaupun tidak menyebut secara khusus, bahawa mereka itu dipelawa masuk ke dalam parti beliau.

Apa kah tindakan itu menunjukkan bahawa beliau kesuntukan masa, sebelum PPBM melebarkan sayapnya ke Sabah? atau beliau mengikut nasihat Presiden PPBM, agar Warisan mengorak langkah terlebih dahulu menjemput para wakil rakyat dan para pemimpin bebas itu, sebelum PPBM membuat keputusan menerima?

Malah penulis difahamkan ada wakil rakyat bebas itu, akan menyertai Warisan, kononnya, bersandarkan kepada "amanat" Allahyarham Tun Mustpaha. Penulis tidak pasti apa kah amanat itu (boleh digoogle) benar-benar sahih, kerana amanat itu muncul selepas kematian Bapa Kemerdekaan Sabah itu.

Nampaknya sejak 12-12-2018, apabila 13 wakil rakyat Umno bersama 21 Ketua Bahagian dan beberapa pemimpin lain keluar beramai-ramai daripada Umno untuk menjadi bebas, ada diantara mereka tidak dapat bersabar, kerana parti yang dituju, mengambil masa untuk membuat keputusan.

Malah ada diantara mereka merasa terperangkap, kerana terlalu awal membuat keputusan meninggalkan Umno. Penulis tidak mendengar sendiri daripada mulut wakil rakyat/pemimpin berkenaan, namun daripada penyokong kuat mereka.

Melihat kepada keadaan simpang siur pada masa ini, apa kah Datuk Hajiji Mohd Noor yang merupakan ketua kepada kumpulan bebas ini telah membuat tindakan susulan, ekoran tindakan beramai-ramai mereka pada 12-12-2018? 

Memang menurut cerita awalnya, masa antara 1-3 bulan diperlukan, untuk kepastian ke mana arah tuju para wakil rakyat/pemimpin bebas itu. 

Penulis juga tidak pasti, apa kah kumpulan bebas bersatu itu, ada diantara anggotanya bertindak bebas? sehinggakan memutuskan hala tuju secara bersendirian?

Sama-sama kita tunggu kesudahannya!!!

1 comment:

Anonymous said...

Nampaknya bekas Pemimpin2 UMNO kita ni akan diPERANGKAP dgn. amat DAJAL oleh LANUN2 shafieHOMO/warisanHOMO-KULI DAPbangkai ANJING HOMO JIJIK Zionis ni - supaya DAPbangkai ANJING terus dpt. MENJAJAH negara kita ni dgn. amat BUAS, melalui mengANJINGkan habis2an madey PARIA/anwaq HOMO tu habis2an, dan mengHALANG akan PENYATUAN bangsa BUMIPUTERA kita dr. UMNO-GBS-PAS-GPS-PPBM!!!!!!

Tok Terkedu.





Blog Archive