Thursday, January 24, 2019

KEMAHUAN RAKYAT PADA SEORANG KETUA MENTERI

Ketua Menteri seperti CEO pada sebuah syarikat. Apa kemahuan kakitangan terhadap CEO begitu juga kemahuan rakyat pada seorang Ketua Menteri.

CEO yang berjaya, dalam erti kata dapat memajukan syarikat, dan pada gilirannya kakitangan mendapat manafaat daripada segi imbuhan, demkikan juga seorang Ketua Menteri, perlu mempunyai halatuju yang jelas, supaya rakyat dapat imbuhan. 

Di Sabah, selepas pergantian Kerajaan, setakat ini, belum ada halatuju yang jelas. Apa yang ada adalah hujah-hujah politik yang tidak berpijak di bumi nyata.

Ketua Menteri hanya menggunakan perkataan UBAH, namun apa yang diubah tidak jelas. Kalau dikatakan penamatan konsesi air, konsensi penyelenggaran jalan raya, ianya bukan dikategorikan sebagai UBAH, sebaliknya MENGGANTI. Seperti tukang masak, selepas seorang tukang masak diberhentikan, maka tindakan selanjutnya adalah melantik tukang masak yang baru.

Kerajaan Sabah hari ini, perlu memperjelaskan, apa yang mereka maksudkan dengan UBAH, kerana penulis tidak nampak apapun yang diubah, sebaliknya, yang berlaku adalah PERGANTIAN.

Kerajaan Sabah pada masa ini, tidak PERLU merasa malu, dengan meneruskan HALATUJU pembangunan & Kemajuan Sabah Tahun 2025 yang dilancarkan oleh era Tan Sri Musa Aman, kerana HALATUJU itu memang bertujuan memajukan negeri dan rakyat Sabah.

Kalau Kerajaan Sabah hari ini, masih tidak mampu memperkenalkan HALATUJU, maka teruskan sahaja apa yang telah dirancang oleh kerajaan dahulu. Sebabnya, kerana HALATUJU itu, banyak sungguh kebaikkan kepada negeri dan rakyat.

No comments:

Blog Archive