Wednesday, December 26, 2018

SENARIO POLITIK SABAH

Politik Sabah cukup pragmatik, sehinggakan sukar diramal. Mungkin atas faktor tersebut, ramai pemimpin politik mengubah arah.

Sejarah politik Sabah, sebelum tahun 1994, setiap 9 tahun atau dua penggal, kerajaan bertukar. Namun, selepas Bn yang diterajui Umno mengambil alih kerajaan pada tahun 1994 dengan memperkenalkan penggiliran Ketua Menteri Sabah, telah membendung perubahan kerajaan dan kerajaan yang memerintah meneruskan pemerintahan selama 24 tanpa putus.

Namun pada PRU-14, politik Sabah ikut rentak lama. Kerajaan Usno kalah kerana pemimpin parti menubuhkan parti, demikian juga parti Berjaya kerana pemimpin sendiri bertindak sama. PBS kalah kerana pertualangan pemimpin sendiri, demikian juga Umno/Bn kalah kerana tindakan pemimpin sendiri.

Dalam politik Sabah dan Malaysia, kekalahan parti pemerintah kerana tindakan pemimpin parti yang memerintah.

Melihat kepada fenomena di atas, maka kerajaan yang sedang memerintah juga akan kalah, jika ada pemimpin parti itu bertindak keluar parti.

Selepas PRU-14, belum ada pemimpin atau wakil rakyat daripada kerajaan yang memerintah keluar parti, apa yang berlaku, adalah kecenderungan memperkuat parti yang sedang memerintah.

Melihat senario itu, maka besar kemungkinan kerajaan yang sedang memerintah akan meneruskan pemerintahan termasuk pada PRU-15.

Jika PH di peringkat Persekutuan kekal kukuh, maka tiada parti yang boleh menggugat kerajaan PH, termasuk daripada Umno dan PAS.

Pemimpin Sabah, khususnya daripada mantan-mantan pemimpin Umno melihat senario politik itu, dan sebab itu, mereka memutuskan, daripada menjadi pembangkang, adalah lebih baik bersama kerajaan. Menerusi tindakan itu, sekurang-kurangnya kawasan-kawasan yang diwakili mendapat pembelaan daripada kerajaan.

Dalam perjuangan politik, pemimpin kena berfikir ke depan. Perlu memikirkan kawasan dan rakyat yang diwakili, bukannya sentiasa bertegar meneggakan benang basah. Berbeza dengan pemimpin yang mewakili kawasan maju, seperti mana berlaku di kawasan-kawasan yang diwakili DAP, kerana kawasan-kawasan itu tidak bergantung kepada bantuan kewangan daripada kerajaan, kerana penduduknya menyumbang kepada kemajuan kawasan masing-masing.

Dalam senario politik Sabah, kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang, adalah kawasan-kawasan yang sangat bergantung kepada dana kerajaan untuk membangun. Tanpa peruntukan daripada kerajaan, maka kawasan-kawasan itu akan menuju kedaifan.

Rakyat Sabah perlu berfikiran terbuka, para pemimpin yang menukar flatform perjuangan, sebenarnya kekal dengan hala tuju perjuangan, iaitu memajukan dan pembangun kawasan dan rakyat yang diwakili.

Kini, berlaku pertembungan senario politik di Sabah. Parti Warisan Sabah (PWS) mahu memaksa rakyat Sabah tiada pilihan, melainkan parti itu mahu menjadi jaguh mewakili rakyat Sabah, namun ianya hanya diatas kertas, bukannya daripada segi tindakan. Kerana keinginan itu, maka mahu menghalang kemasukan PPBM yang diterajui Tun Dr Mahathir.

Dalam dunia demokrasi, sepatutnya tidak wujud pemaksaaan atau menghalang, kerana setiap rakyat seharusnya bebas memilih parti politik yang ingin disertai. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive