Persetujuan tidak bertulis antara Parti Warisan Sabah (PWS) dan PPBM hanya berdepan dengan PRU- 14. Demikian juga antara PH dan PWS, hanya pada PRU-14. Mereka hanya kolaborasi untuk tidak bertembung antara satu sama lain, meskipun di Parlimen Batu Sapi, parti Amanah meletakkan calon.
Al-hasil daripada tidak bertembung itu, di peringkat Dun PWS menang 21, DAP 6 dan PKR 2. Diperingkat parlimen pula PWS menang 8, DAP 3, PKR 3.
Pada awal penubuhan PWS, memangpun parti itu tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana parti, namun menjelang pilihan raya, pendirian itu berubah.
Keputusan PRU-14 Sabah, di peringkat Dun tiada parti yang menang, manakala di peringkat parlimen, kolaborasi antara PWS dan PH mengatasi jumlah kerusi Bn yang hanya menang 10 kerusi, 7 Umno, 1 UPKO, 1PBS, 1 PBRS.
Di peringkat parlimen, Umno kalah separuh, manakala PBRS menang 100% dan parti yang kalah teruk adalah LDP diikuti PBS dan UPKO. Di peringkat Dun pula, LDP dan MCA serta Gerakan kalah teruk, kerana gagal menang sebarang kerusi.
PWS bukan sebahagian daripada PH, melainkan hanya berkolaborasi. Dengan pengertian demikian, seharusnya, tidak timbul meminta persetujuan lebih dahulu daripada PWS bagi PPBM mengembangkan sayapnya ke Sabah.
Kalau PWS beranggapan, bahawa parti itu telah mengalahkan Umno, ianya tidak betul, kerana di peringkat Dun, Umno masih menang 17 daripada 32 yang ditandingi, manakala di peringkat parlimen draw antara PWS dan Umno; 7-7.
Kemasukan PPBM ke Sabah adalah atas permintaan sebahagian rakyat Sabah, sama dengan di Sarawak, pengembangan sayap PPBM di bumi kenyalang adalah atas perimintaan rakyat negeri itu.
PPBM atau dalam bahasa inggerisnya United Malaysian Natives Organisation (UMNO), walaupun tiada yang mengatakan klon UMNO, akan tetapi daripada segi perjuangan dan hala tujunya serupa, lagipun parti itu ditubuhkan oleh mereka yang mempunyai DNA Umno, termasuklah "umno totok" Tan Sri Muhiyiddin Yassin.
Di Sabah, jika PPBM mengembangkan sayapnya ke Sabah, akan berlaku senario semasa Usno dibubarkan bagi memberi peluang kepada Umno, demikian juga pada kali ini, akan berlaku antara Umno dan PPBM.
Memang UMNO Sabah masih wujud, namun sama halnya semasa Umno masuk ke Sabah, meskipun USNO asal dibubarkan, namun masih ada yang kekal dengan Usno asal, malah mereka menubuhkan USNO baru.
Memang dirasakan oleh PWS, jika PPBM mengembangkan sayap ke Sabah, parti itu takut kehilangan sokongan di kawasan-kawasan tradisi Umno, keculai di Semporna dan Silam. Jika diambil pendekatan apa yang dimenangi Umno semasa PRU-14, maka daripada 32 kawasan bumiputera islam, PPBM akan bertanding 17 kerusi, manakala PWS 15. Tetapi jangan lupa pula, di 12 kawasan lain yang dimenangi komponen Bn, akan juga ditandingi PPBM, dengan kata lain, PPBM akan menjadi parti dominan di Sabah.Dengan pengertian yang demikian, maka biasanya parti yang mempunyai kerusi terbanyak akan menjadi Ketua Menteri... ini lah puncanya mengapa PWS beria-ia sangat menghalang kemasukan PPBM!!!!.
1 comment:
Untuk berlaku adil untuk pihak seberang, PPBM dalam bahasa Inggeris akan jadi UMNP. Tapi dah sama sangat bunyinya bolehlah dikata sama 😂😂😂
Cucu Atok kata PPBM tak sama macam UMNO. Ternyata 100% salah 😂 Rasanya PPBM pun jadi macam Semangat 46. Harapnya ditolaklah di Sarawak parti bunga ni. Banyak lagi parti Dayak yang lebih layak duduk di DUN daripada orang Malaya. Orang Sabah pun kena ada sedikit semangat kenegerian, sebab di bawah PH, ke-Malaysiaan hanya untuk kaum tertentu saja.
Post a Comment