Friday, December 07, 2018

KEWANGAN SABAH ERA MUSA: PENIPUAN SHAFIE AKHIRNYA TERJAWAB!!!

Dua minggu selepas mengangkat sumpah Ketua Menteri, hasil daripada konspirasi, Datuk Shafie Apdal membuat kenyataan berkaitan kedudukan kewangan negeri era Tan Sri Musa Aman. Dengan nada yang amat menghina, beliau menyatakan bahawa kewangan negeri tidak seperti mana yang dilaporkan oleh kerajaan lalu, kerana jumlah yang dilaporkan tidak terdapat pada kumpulan wang yang disatukan.

Kerajaan era Musa, sebelum PRU-14 telah menyatakan bahawa kedudukan kewangan negeri kukuh dengan simpanan kewangan sejumlah RM3.74bilion. Angka ini, kemudiannya disahkan oleh Ketua Audit Negara, malah kumpulan kewangan yang dirujuk meningkat RM60juta kepada RM3.8bilion.

Apa yang malang, sebelum pengesahan Ketua Audit Negara, pemimpin Warisan seperti Aziz Jamman, menyokong kenyataan Shafie, dengan tuduhan, bahawa laporan kewangan era Musa dimanipulasi, supaya kenampakan kukuh.

Seorang yang mempunyai status seperti Shafie, sanggup membuat fitnah dan berbohong berkaitan sesuatu urusan yang disokong fakta dan data yang melibatkan banyak pihak, apa kah beliau tidak akan berbohong berkaitan sesuatu urusan yang tidak melibatkan pihak lain!!! umpamanya penebangan kayu balak, projek-projek khas di bawah Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Kewangan yang beliau kawal????

Penulis dapat meneka, bahawa laporan kewangan era Shafie akan dimanipulasi, mengingat kenyataan Aziz, kerana biasanya, pencuri sebenar akan berteriak dahulu PENCURI! PENCURI!!, sebagai alibi tidak dituduh sebagai PENCURI!!!!.

Kepimpinan kerajaan negeri Sabah sekarang sebenarnya mempunyai rekod buruk berkaitan kewangan. Datuk Shafie dan Peter Anthony terpalit dengan skandal RM1.5bilion dana KKLW untuk Sabah semasa Shafie menteri KKLW (walaupun ditutup sementara dengan catitan No further action), wang RISDA yang membabitkan Micheal Umbo (kini jadi pelarian), Christina Liew yang terlibat dengan skandal tanah yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah. Mantan Presiden LDP yang terpalitkan dengan wang parti berjumlah RM3.5juta (satu laporan polis telah dibuat oleh pemimpin LDP, namun tiada tindakan). Sebaliknya, pihak kerajaan hari ini bertindak diluar dugaan, suatu perkara yang disiasat kemudiannya ditutup lebih 10 tahun lalu kerana ketiadaan bukti, bukan sahaja dibuka semula, akan tetapi membuat tuduhan di mahkamah.

Nampaknya kerajaan hari ini, bukan mencari kebenaran, akan tetapi menutup kebenaran, dilain pihak menyatakan yang salah sebagai benar!!!

Rakyat adalah pengadil yang tepat untuk mengadili kerajaan hari ini, seperti mana Ketua Audit Negara sebagai pengadil yang tepat berkaitan kedudukan kewangan negeri!!!.

Yakinlah kebenaran sentiasa akan terbukti benar!!!! Sejarah dan Fakta tidak akan berbohong, walau apa cara pun menanipulasinya.

Jawapan rasmi Ketua Audit Negara berkaitan kewangan Sabah, sebenarnya mengesahkan bahawa Shafie bukanlah pemimpin yang boleh boleh dipercayai, bukan pemimpin yang boleh sandaran rakyat Sabah. Fikir-Fikirkan Lah.

2 comments:

Unknown said...

Terbaik

Anonymous said...

SUNGKIT isu Forex yg hampir 30 tahun hang tak bising pula. 2x5 juga lah.

Blog Archive