Friday, December 07, 2018

HAJIJI MAMPU PIKUL PERJUANGAN: MUSA

Dalam perjumpaan dengan para Ketua bahagian Umno pada 5 Disember, 2018, Tan Sri Musa menzahirkan keyakinan bahawa Datuk Hajiji Haji Noor yang juga ADUN Sulaman mampu memikul perjuangan.

ADUN Sulaman itu yang menjadi wakil rakyat sejak tahun 1990, dan pernah menyertai kabinet Sabah dengan berbagai kapasiti, diyakini mampu mencorakan hala tuju perjuangan termasuk berbincang, mengadakan kerjasama dengan pemimpin Persekutuan.

Musa meminta para Ketua Bahagian parti untuk menyokong Hajiji tanpa belah bahagi, seperti mana sokongan yang diberikan kepada beliau lebih 15 tahun.

Tugas berat yang diamanahkan kepada ADUN Sulaman itu memerlukan sokongan yang kukuh, selain dibantu pasukan yang kuat bagi berdepan senario semasa politik negeri.

Hajiji merupakan sebahagian daripada kepimpinan negeri yang mendorong pencapaian Halatuju Sabah, sehinggakan negeri maju ke hadapan, baik daripada segi pembangunan akan tetapi juga kemajuan.

Kadar kemiskinan Sabah yang begitu tinggi suatu masa dahulu, berkat kepimpinan berpasukan yang diterajui Musa, kadar itu mampu diturunkan ke paras 3 peratus. Selain itu, KDNK Sabah terus meningkat sehingga RM80 bilion pada tahun 2017. Simpanan kewangan negeri daripada RM184 juta kepada RM3.8bilion, walaupun pembalakan bukan keutamaan negeri, kerana keluasan hutan kekal terus meningkat kepada 1.8juta hektar pada tahun 2017, berbanding 838 ribu hektar pada tahun 2002.

Berasaskan pengalaman yang pada ADUN Sulaman itu, Musa yakin beliau mampu melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan.

Sebagai mantan Ketua Menteri Sabah yang terus bekerjasama dengan ADUN Sulaman itu sejak tahun 2003 dalam jemaah menteri, Musa melihat, masa depan perjuangan boleh disandarkan sepenuhnya kepada ADUN Sulaman itu.

No comments:

Blog Archive