Thursday, December 06, 2018

BERI HAJIJI PELUANG: TAN SRI MUSA

Tan Sri Musa Bersama Ketua-Ketua Bahagian
Pada Rabu, satu perjumpaan antara Tan Sri Musa Aman dengan Ketua-Ketua Bahagian Umno Sabah di rumah beliau, di Luyang Kota Kinabalu.

Perjumpaan yang diatur dengan masa yang singkat itu dihadiri sebahagian besar Ketua-Ketua Bahagian, Kecuali Datuk Hajiji Haji Noor yang sedang berada di Kuala Lumpur.

Dalam perjumpaan itu, Musa menyeru rakan-rakan seperjuangan parti bukan sahaja memberi peluang kepada Datuk Hajiji Haji Noor, akan tetapi menyokong beliau menentukan hala tuju perjalanan parti, termasuk berbincang dengan pemimpin peringkat Nasional, termasuk  para pemimpin Kerajaan pusat.

Musa menekankan kepada rakan-rakan seperjuangan, agar setia kepada ketua seperti mana beliau perolehi selama ini.

Musa selanjutnya berkataa bahawa beliau sentiasa menyokong apa sahaja tindakan, hala tuju yang digariskan Datuk Hajiji sebagai nahkoda baru perjuangan.

Dalam perjuangan menurut Musa, seperti kata pepatah, PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI. Demikian juga cara kepimpinan, LAIN PADANG LAIN BELALANG, namun apa yang pasti TUJUAN perjuangan adalah SAMA, itu demi negeri dan rakyat Sabah.

Musa menyeru rakan-rakan seperjuangan, jika 28 tahun lalu beliau menerima sokongan yang tidak berbelah bahagi, maka beliau berharap sokongan serupa diberikan kepada pengganti beliau. 

"Sokong lah Datuk Hajiji- mencatur, mengatur, mengurus perjalanan parti, sebagai landasan untuk meneruskan perjuangan”. 

“Datuk Hajiji cukup luas pengalaman dalam dunia politik, malah lebih dahulu menjadi wakil rakyat berbanding saya”. Menerusi pengalaman itu, beliau akan dapat memandu arah perjuangan parti dan seterusnya diterjemahkan ke arah pembentukan kerajaan, demi negeri dan rakyat Sabah. 

Musa mengingatkan rakan-rakan seperjuangan, bahawa tindakan beliau selepas PRU-14 bukan bertujuan peribadi, sebaliknya hanya menuntut keadilan berasaskan lunas-lunas undang-undang dan Perlembagaan Negeri. 

“Biar lah sejarah menjadi saksi, apa tindakan saya semasa menjadi Ketua Kerajaan dan dalam dunia politik”. “Biarlah generasi akan datang menilai, pencapaian dan atau kemajuan yang dikecapi rakyat dan negeri khususnya selama 15 tahun sebagai Ketua Menteri”. 

3 comments:

Anonymous said...

Insya-ALLAH, pemimpin AGUNG Orang Asal Islam/Kadazan kita, YAB TS Musa Aman akan KEMBALI, tak lama lagi!! HIDUP Umno SABAH terCINTA kita!!

Tok Terkedu.

Anonymous said...

DANUM VALLEY pun nak diCEROBOH, selain dr. MALIAU BASIN?! Kenapa berita DASYAT ni diSEM-BUNYIkan dr. RAKYAT?! KEJAHATAN amat DAJAL oleh si PEROMPAK/PERASUAH syafieeHOMO tu mesti diHALANG habis2an!

Ini bukti JELAS tentang kes RASUAH/PENGGUBAHAN WANG HARAM sbnyk. $1.5 BILLION oleh shafie-eHOMO warisanANJING-KULI DAPbangkai ANJING Zionis - yg. dah diTUTUP sewenangnya oleh syukriHOMO BANGKAI PARASIT-si PENJAHANAM SP*M yg. makin TAK GUNA ni (sbb. tu shafieeHOMO dan adik dia, boleh sampai ada 23 SYARIKAT - mcm. anak2 madey PAR*A tu sampai ada hampir 100 syarikat – utk. mengGUBAH WANG HARAM)!

Lihat juga SAKSI yg. hanya kerja sbg. timbalan setiausaha yg. TERLIBAT dlm. kes RASU-AH/PENGGUBAHAN WANG HARAM ni boleh ada sampai $29 JUTA dlm. AKAUN dia!

Lihat di - https://malaysiachoice.wordpress.com/2018/07/06/shukri-sprm-arah-kes-shafie-apdal-ditutup-saksi-miliki-akaun-rm29-juta-dibebaskan/

Shukri SPRM arah kes Shafie Apdal ditutup, saksi miliki akaun RM29 juta dibebaskan

Malaysia Choice

July 6, 2018

(Tok Terkedu)

Unknown said...

Tetap sokong TSMA Dan GBS

Blog Archive