Saturday, November 24, 2018

STABIL KAH POLITIK SABAH?

Di atas kertas, kenampakan politik Sabah stabil, kerana kerajaan yang ada disokong 45 ADUN, termasuk 6 ADUN lantikan.

Namun melihat pergolakan dalaman antara parti-parti yang sedang bergembira kerana menerajui kerajaan yang dibentuk oleh para wakil rakyat, tidak mencerminkan kestabilan.

Tiada kerajaan yang dikatakan stabil kerana dibentuk bukan berasaskan pilihan rakyat. Lagi pun, kerajaan Sabah pada hari ini terbentuk kerana berasaskan kepentingan peribadi para wakil rakyat, atau dengan kata lain, kerajaan yang dibentuk hanya untuk mendapatkan kuasa daripada wakil-wakil rakyat.

Atas sebab kerajaan yang dibentuk bukan berasaskan pilihan rakyat, maka para wakil rakyat yang ada sentiasa dalam keadaan ketakutan, entah-entah, esok-esok akan kehilangan kuasa, kerana perbuatan lompat parti.

Keadaan politik Sabah pada hari ini, sebenarnya sangat merugikan rakyat secara umum, kerana kerajaan yang ada tidak dapat fokus kepada kemajuan dan pembangunan, kerana masa mereka dipenuhi rasa ketakutan. Ada lah lumrah manusia, apabila dalam rasa ketakutan, tidak mampu berfikir secara rasional.

Biasanya, jika berlaku keadaan politik seperti mana yang sedang melanda kerajaan Sabah yang dipimpin Datuk Shafie Apdal, syogianya kerajaan kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat semula.

Tanpa mandat sebenarnya, maka selama sepenggal ini, mereka tidak akan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. 

Jika matlamat sesebuah kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, maka perkara pokok yang diperlukan, bahawa kerajaan itu mesti diberi mandat oleh rakyat.

Semua rakyat Sabah tahu, bahawa kerajaan Sabah yang ada tidak diberi mandat untuk memerintah, sebaliknya, kerajaan yang dibentuk bercanggah atau bertentangan dengan kehendak rakyat.

Apabila kerajaan yang dibentuk bertentangan dengan kehendak rakyat, maka polisi-polisi juga tidak sesuai dengan kehendak rakyat, kerana polisi kerajaan hanya disesuaikan dengan kehendak pemimpin, sebab itu, apabila diperhatikan, polisi kerajaan Sabah pada hari ini, seolah-olah yang ditadbirkan sebagai sebuah syarikat enterprise. Atas sebab kerajaan ditadbir secara enterprise, maka kita mendapati, pemegang jawatan-jawatan penting daripada susur galur yang sama.

Dalam sejarah Sabah tertulis sudah, bahawa Ketua Menteri dan Timbalannya, daripada kawasan yang sama.

No comments:

Blog Archive