Sunday, November 25, 2018

SEJAUH MANA IMPAK TINDAKAN MASIUNG?

Di atas kertas, tindakan ADUN Kuamut- Datuk Masiung Banah keluar daripada UPKO, tidak memberi impak kepada Kerajaan pimpinan Datuk Shafie Apdal, kerana beliau adalah ADUN bebas mesra Kerajaan.

Dengan bertindak sebagai ADUN mesra kerajaan, bermakna beliau juga menyokong kerajaan yang dibentuk oleh UPKO bersama Warisan, DAP dan PKR.

Bagi kerajaan pimpinan Shafie, yang penting bagi beliau adalah jumlah ADUN yang menyokong, bukannya berasaskan parti, kerana kerajaan beliaupun, berasaskan sokongan para ADUN.

Jika berasaskan parti, sesuai dengan keputusan PRU-14, parti pimpinan Shafie hanya menang 21, manakala parti sekutunya DAP-6 dan PKR-2. Namun, perbuatan para ADUN yang menjadi katak, maka beliau dapat mengumpulkan sokongan sehingga 35 ADUN pada 12 Mei, 2018, dan kini mendapat sokongan 45 daripada 66 ADUN termasuk 6 ADUN lantikan.

Tindakan Masiung, hanya berimpak pada UPKO, bukannya pada kerajaan pimpinan Shafie.

Parti UPKO yang cuba mempoteritkan dirinya sebagai parti KDM dalam kerajaan pimpinan Shafie, di mata Shafie sudah kelihatan cacat, makna kata, Shafie tidak boleh mengharapkan sokongan kaum itu jika bersandarkan kepada parti itu.

Shafie sedar, parti beliau juga tidak mendapat sokongan KDM, kerana pada PRU-14, hanya 3 ADUN daripada kaum itu dimenangi parti beliau, walaupun Timbalan Presiden parti itu menang besar di Parlimen Penampang.

Mengingat kepada situasi itu, untuk Shafie menang PRU seterusnya, termasuk PRU-15, tidak boleh bersandar pada kawasan-kawasan KDM, sebab itu, beliau menumpukan di kawasan bumiputera islam, termasuk kawasan-kawasan yang menjadi tumpuhan PATI, seperti Sepanggar, Putatan, Kudat dan sudah tentunya kawasan-kawasan di Pantai Timur Sabah.

Adalah menjadi cabaran utama kepada Umno Sabah, untuk menguasai kawasan-kawasan tumpuan Shafie itu.

Melihat kepada senario politik terkini, kelemahan parti yang menentang kerajaan yang dipimpin Shafie, adalah daripada segi sokongan kaum cina. Kaum cina sudah memutuskan menyebelahi DAP. Makna kata, pada PRU-15, parti mana menguasai kawasan bumiputera islam dan KDM akan menentukan kerajaan seterusnya. Situasi ini yang didepani Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

1 comment:

Unknown said...

Trsenyum lebar YB INI krna dapt kluar DRI ikatan upko.

Sanggup jadi bebas drp wakil upko.

Tindakan beliau mujarab kpd pnyokongnya. Ertinya tindakan kluar parti untk mnisyaratkan bhwa beliau brjuang untk rkyat.

Blog Archive