Friday, November 23, 2018

SABAH UBAH!!!! APA YANG BERUBAH?

Dalam sistem demokrasi, apabila berubah kerajaan, sebenarnya tiada yang berubah, yang berubah adalah menteri-menteri, dan jawatan-jawatan politik di semua peringkat.

Pada jabatan kerajaan sebenarnya tiada yang berubah, keculai perubahan kecil-kecilan, apabila individu yang bukan dalam sistem jabatan kerajaan di bawah masuk, seperti perlantikan Pengarah Jabatan Air Sabah, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, serta beberapa agensi kerajaan lain.

Di dapati pada kerajaan sekarang, perubahan yang ketara adalah daripada segi ramainya penyokong politik yang membanjiri pejabat Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri kouta bumiputera islam, selain itu pejabat Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri juga menjadi tumpuan pelawat.

Penulis teringat pada tahun 1994, semasa Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) menjadi Ketua Menteri, suasana masa itu, hampir sama dengan suasana hari ini.

Setidak-tidaknya selepas pergantian kerajaan, yang berubah adalah suasana.

Setakat ini, belum terlihat apa-apa perubahan yang dilakukan yang menjurus kepada rakyat secara keseluruhan, yang berubah adalah tindakan yang menjurus kepada balak centric kerana kerajaan hari ini bakal meneroka kawasan-kawasan hutan kekal, kononnya untuk tujuan pembangunan.

Kerajaan hari ini, tidak berani menuntut apa yang sepatutnya untuk Sabah, selain peruntukan RM5bilion yang diberikan menerusi Bajet 2019.

Bajet pembangunan Persekutuan berjumlah RM54.7bilion. Daripada jumlah itu, untuk Sabah hanya RM5bilion. RM5bilion, tidak sampaipun 10%. Jika ditolak untuk Sarawak yang berjumlah sedikit di atas RM4bilion (kurang 8%), maka untuk Semenanjung lebih 80%.

Rakyat Sabah yang mengundi PWS, DAP dan PKR sehingga menang 29 kerusi, kerana isu 40% net revenue daripada tahun 1974, di mana menurut Darell Leiking, berjumlah RM1trilion, dan jumlah itu bakal dituntut daripada Kerajaan Persekutuan jika PWS memerintah Sabah.

Selain itu, 20% royalti minyak daripada Petronas akan dilaksanakan menggantikan 5% yang dibayar sejak tahun 1976.

Namun, selepas memerintah, royalti minyak tetap tidak berubah, seperti mana fakta dalam Bajet Sabah tahun 2019 yang dibentangkan pada 9 November, 2019, untuk tahun 2019 berjumlah RM1.6bilion, kurang sedikit daripada bayaran tahun 2018.

Nampaknya, Sabah Ubah itu, hanya retorik, kerana Tiadapun yang berubah!!! untuk rakyat jelata.

No comments:

Blog Archive