Tahun 70-an dan 80-an generasi masa itu sangat mengetahui Yayasan Sabah. Sebabnya pada tahun-tahun itu, pembayaran tunai pertama kali diperkenalkan diberikan kepada rakyat Sabah yang mencapai umur 21 tahun, tidak kira latar belakang.
Bayaran tunai kepada setiap rakyat Sabah itu, pada asalnya dikenali sebagai Saham Amanah Tun Mustpaha, kemudiannya ditukar nama kepada Saham Amanah Rakyat, sehinggalah dimansuhkan pada pada era pemerintahan Parti Bersatu Sabah.
Pemansuhan itu, kerana Yayasan itu tidak mampu lagi membayar tunai, kepada segenap rakyat Sabah yang berumur 21 dan ke atas, namun sebaliknya pendapatan Yayasan itu digunakan untuk membangun sektor ekonomi dan pembangunan modal insan.
Oleh kerana kawasan konsesi Yayasan itu semakin berkurang, maka sumber pendapatan juga telah berkurang, sehinggakan pada tahun 1994 selepas Bn mengambil alih kerajaan negeri, timbul cadangan daripada Datuk Shafie Afdal untuk menjual Aset Yayasan itu kepada syarikat daripada Sarawak yang tersenarai di bursa Saham Kuala Lumpur, kononnya sebagai cara meningkatkan pendapatan kepada yayasan tersebut.
Pada masa itu, syarikat yang dikuasai seorang bisnesman yang bernama Datuk Ambrose Lee menawarkan pengambil alihan aset yayasan itu dengan harga RM300juta.
Sebenarnya, penjualan itu hampir berjaya, kerana kabinet negeri Sabah pada masa itu tiada halangan berkaitan cadangan itu. Cadangan penjualan aset itu, dihalang oleh Pemegang Amanah Yayasan Sabah. Salah seorang pemegang amanah itu adalah Datuk Musa Aman (kini Tan Sri).
Jika sekiranya cadangan penjualan aset Yayasan Sabah berjaya dilaksanakan, sudah tentu, Yayasan itu bukan lagi bernama Yayasan Sabah, kerana ianya telah menjadi entiti perniagaan milik syarikat dan pelanggan saham syarikat itu. Dalam urusan perniagaan, apabila harga saham meningkat atau naik, maka yang mendapat keuntungan adalah pemilik saham yang telah membuat pelaburan membeli saham di Bursa Saham.
Kalau lah cadangan penjualan Aset Yayasan Sabah berjaya dimuktamadkan, mungkin sekarang ini, nama Yayasan Sabah hanya menjadi catitan sejarah.
Namun akibat kematangan perkiraan daripada Lembaga Amanah (Trustee Board) yayasan itu, maka nama Yayasan itu, masih tidak berubah sejak penubuhannya pada tahun 1967 oleh Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun.
Jika pada Tahun 1994, nilai aset Yayasan Sabah hanya RM300juta, namun kini aset yayasan itu telah meningkat lebih RM13bilion dengan wang tunai lebih RM500juta.
Peningkatan aset yayasan itu bukan kerana konsesi hutan bertambah, akan tetapi melalui usaha penganeka ragaman aktiviti ekonomi termasuk perladangan, pelancongan, perikanan dan aktiviti-aktivti lain seperti sektor perkhidmatan.
Fungsi yayasan itu dalam pembangunan modal insan diteruskan malah tiap tahun peruntukan mengenainya bertambah., dan yang paling mustahak, nama Yayasan itu tetap membawa Sabah, seterusnya yayasan itu milik segenap rakyat Sabah.
Penulis tidak pasti apa yang bakal berlaku kepada Yayasan itu di masa akan datang, kerana pentadbiran kerajaan hari ini, mempunyai kecenderungan melupus khazanah milik Sabah, termasuk meneroka Maliu Basin dan Lembah Danum dua kawasan yang boleh dilanggil "lost world of Borneo" kerana tidak dijarah oleh manusia.
Penulis bimbang, kerana kerajaan Sabah hari ini, mempergunakan pendekatan PEMBANGUNAN sebagai cara menerorka hutan kekal (hutan dara) sebagai jalan mudah, untuk mendapatkan kewangan.
Rakyat Sabah terutama generasi muda, perlu mengetahui, sejak Board of Trustee diketuai Musa, bermula pada tahun 1994, aset yayasan itu bertambah 43 kali ganda, manakala wang tunai juga demikian.
Untuk pengetahuan rakyat Sabah secara umum dendam Shafie terhadap Musa bermula daripada kegagalan menjual aset Yayasan Sabah.
No comments:
Post a Comment