Monday, October 08, 2018

TAK KAN PEMIMPIN UMNO MENYOROK?

Daripada 191 Ketua Bahagian dan lebih 3juta ahli Umno, hanya beberapa orang sahaja menunjukkan kejantanan, selebihnya menyorok. Malah ada yang kecut telor, apabila diberi warning, dan terus delete posting-posting di laman sosial.

Sepatutnya, para Ketua Bahagian lah atau mantan-mantan pemimpin Umno lah yang perlu ke depan, kerana sebelum ini, mereka lah yang mendapat manafaat daripada parti dan kerajaan yang ditunjangi parti.

Memandangkan kerajaan Pakatan Harapan menunjukkan kebobrokan para pemimpin mereka, sehinggakan memudaratkan negara dan rakyat, maka para pemimpin Umno tidak perlu berlengah lagi, tidak perlu menunggu masa yang sesuai, sebaliknya terus bertindak.

Tak kan para pemimpin Umno berdiam diri, nilai ringgit menjunam, defisit perdagangan meningkat, jumlah simpanan bank negara terus menurun, rakyat dalam kelompok B40 dijadikan mangsa dengan pemnasuhkan berbagai bantuan, ramainya kakitangan awam kontrak diberhentikan, harga kelapa sawit yang menjunam, sara hidup terus meningkat kerana SST.

Tak kan para pemimpin Umno berdiam sahaja berkaitan dakwaan hutang negara RM1trilion yang di uar-uarkan oleh Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng.

Terima lah hakikat, selagi para pemimpin Umno kelihatan berpeluk tubuh, selagi itu rakyat akan menerima dakwaan dan tomahan para pemimpin Pakatan Harapan sebagai betul.

Senario politik Malaysia sudah berubah, para pemimpin berani lah yang bakal mereka sokong, bukan pemimpin yang suka berpeluk tubuh.

Takkan Umno hanya bersandarkan kepada beberapa orang pemimpin, seperti Tan Sri Annuar Musa, Datuk Puad Zakashi, Datuk Asyraf Wayudi Dusuki, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Tajadduin Rahman, Datuk Khaled Nordin, Datuk Sabri Yakob, Datuk Mahdzir Khalid, Datuk Lokman Noor, mereka-mereka ini juga perlu didokong oleh suara-suara di peringkat bahagian seluruh negara.

Dalam keadaan sekarang, seolah-olah Dato Seri Najib Razak merupakan jurucakap sepenuhnya bagi parti, kerana mantan Perdana Menteri itu bukan sahaja menjawab malah membangkitkan berbagai kelemahan/penipuan kerajaan Pakatan Harapan.

Jika semua Ketua Bahagian Umno mengaktifkan facebook mereka, sudah tentu, kerajaan PH, tidak akan dapat tidur nyenak, kerana rakyat diberikan berbagai maklumat, dan seterusnya maklumat itu menjadi bahan pertimbangan rakyat.

Para pemimpin Umno kena melihat kembali, bagai mana pro aktifnya para pemimpin PH semasa Bn sedang memerintah. Dengan pro aktifnya mereka, maka rakyat menyokong mereka pada PRU-14.

Jika para pemimpin Umno masih menyorok, cuba bayangkan bagai mana rakyat menyokong kembali?

No comments:

Blog Archive