Monday, October 08, 2018

KEMELUT DUA KETUA MENTERI SABAH: MACAM ADA WAYANG

Penulis teringat kenyataan mantan Speaker Dewan Rakyat- Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia "If You Don't Use your power you are bloody fool".

Hanya berbaki 19 hari lagi menjelang 26 Oktober, 2018, hari yang ditunggu-tunggu untuk mengetahui siapa Ketua Menteri Sah Sabah.

Walaupun umum mengetahui, bahawa jelas Tan Sri Musa Aman adalah Ketua Menteri yang sah, namun beliau dinafikan kedudukan itu menerusi satu rampasan kuasa aman pada 12 Mei, 2018 apabila TYT Sabah melantik Datuk Shafie Apdal, sedangkan beliau tahu bahawa Musa belum meletakkan jawatan.

Dalam Perlembagaan Negeri Sabah, jawatan Ketua Menteri hanya terlucut melalui tiga cara- Kematian-Letak Jawatan- Usul Tidak Percaya Semasa Sidang DUN. Umum mengetahui, bahawa 3 cara ini belum berlaku.

Tindakan tersirat daripada pihak TYT dan Shafie, apabila menganugerahkan pingat tertinggi Sabah kepada Hakim Besar Sabah & Sarawak, sempena Hari Jadi TYT Sabah menggambarkan bahawa kerajaan Sabah adalah kerajaan yang sah. 

Kesediaan YAA Hakim Besar Sabah & Sarawak hadir menerima pingat SPDK di Istana Sabah apa kah satu isyarat atau petanda, bahawa keputusan Mahkamah berkaitan kemelut Dua Ketua Menteri Sabah akan berpihak kepada TYT dan Shafie? atau hanya persepsi!!!

Walau bagaimanapun penulis berharap pada 26 Oktober, kenyataan mantan Speaker  Dewan Rakyat itu tidak berlaku.

No comments:

Blog Archive