Wednesday, October 31, 2018

POLITIK TIKAM BELAKANG

Tahun 1990, apabila PBS keluar Bn diambang pembuangan undi, Tun Dr Mahathir malabelkan tindakan itu sebagai tindakan TIKAM BELAKANG. Bermula daripada kejadian itu, PBS mendapat jolokan parti Tikam Belakang, kemudian panggilan itu reda selepas menyertai semula Bn pada tahun 2002.

Hukum karma berlaku pada parti itu, apabila tahun 1994 kehilangan kuasa kerana tindakan tikam belakang daripada beberapa ADUN parti itu.

Tahun 2018, tindakan tikam belakang muncul lagi, apabila Kerajaan yang dibentuk Tan Sri Musa Aman dirampas kerana perbuatan tikam belakang.

Politik tikam belakang, bukan lagi tindakan politik biasa akan tetapi telah menjadi barah. Tindakan mengubatinya sedang ditunggu kerana Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan membuat keputusan pada 7-11. Jika keputusan mahkamah tidak menyebelahi pencegahan atau mengubati barah ini, maka bukan sahaja penyakit ini akan kekal malah terus merebak dan seterusnya menjadi kaedah politik Sabah khasnya dan negara amnya.

Politik tikam belakang, bukan sahaja salah daripada segi moral, akan tetapi tindakan itu adalah satu pengkhinatan tahap gaban, bukan sahaja kepada parti yang diwakili akan tetapi rakyat yang mengundi.

Rakyat Sabah kini, selepas 5 bulan, kerana diperintah kerajaan sementara yang merampas kuasa, benar-benar disajikan dengan berbagai kebobrokan, khususnya berkaitan perbuatan pilih kasih. 

Di mana-mana diperkatakan, bahawa Sabah yang mempunyai 36 suku etnik, 25 kawasan Parlimen dan 60 kawasan DUN, hanya dikuasai oleh satu etnik yang berasal daripada satu Parlimen dan 3 kawasan Dun.

Jika ada etnik lain yang tersangkut, mereka itu adalah 'macai" Datuk Seri Shafie Apdal, atau para pemimpin parti Warisan Sabah.

No comments:

Blog Archive