ANTARA Datuk Salleh Said dan Datuk Japlin Akim, kedua-duanya mempunyai rekod menjadi ADUN Usukan semasa sama-sama menjadi ahli Umno, mewakili Barisan Nasional.
Dua pemimpin tersebut saling berganti, dan pada PRN-16, Japlin tidak mempertahankan kerusi, hasil kerjasama antara PN dan BN masa itu, dan memberi peluang kepada Salleh sebagi calon langsung BN, memandangkan, mantan Ketua Menteri Sabah tersebut tidak mewakili mana-mana parti masa itu, selepas keluar daripada Umno pada tahun 2018.
Pada PRN-17, Salleh akan bertanding atas tikit BN, dan Japlin atas tikit GRS.
Pertembungan dua calon tersebut, adalah perlawanan klasik, atas sebab, suatu masa lalu, pengundi yang sama memberi mereka undi untuk menang.
Apa yang membezakan pada PRN-17, pengundi yang sama tersebut terpaksa memilih. Dan pilihan mereka itu berpandukan pada parti.
DUN Usukan, adalah DUN klasik, dan pada PRN-17, akan menjadi perhatian, apa kah berlaku perubahan. Jika berlaku perubahan, maka Japlin akan menang, dan jika pengundi kawasan tersebut mempertahankan keklasikkan, maka Salleh menang.
Tetapi, walaupun unsur klasik melekat pada DUN tersebut, senario politik sudah berbeza, juga pengelibatan undi kali pertama dan undi-18, boleh menjadi pemangkin pada perubahan.
Sentimen tempatan atau lokal, selain perjuangan GRS, SabahFirst, SabahForward, SabahProsfer dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah, dan Rumah Kita, Kita Jaga, demi mencapai kemakmuraan dan kesejahteraan, menjadi faktor penarik pada pengundi baharu, untuk tidak mengekalkan DUN tersebut sebagai DUN klasik.
Pertimbangan pengundi kawasan tersebut akan berpandukan pada pucuk kepimpinan negeri yang berketuakan pemimpin daripada etnik bajau samah yang merupakan etnik terbesar di di DUN tersebut.
Berasaskan pada data atau maklumat lapangan, setakat hari ini, tiada yang pasti, siapa kah antara dua calon tersebut menjadi pilihan, ertinya masih berkeadaan seimbang. Pemenang bergantung pada gerakan masing-masing daripada sekarang.
Perbezaan antara dua calon terletak pada keutamaan negeri. Jika pengundi Usukan selari dengan sentimen kawasan lain, iaitu, Sabah perlu diperintah parti tempatan atau lokal, maka Japlin mempunyai kelebihan.
Penulis yakin, walaupun DUN Usukan adalah kawasan yang mempunyai sejarah tersendiri, era yang berbeza akan mempengaruhinya,
Jika pengundi Usukun mengambilkira pencapaian kerajaan GRS yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, maka pengundi kawasan tersebut tentunya akan berpihak pada calon GRS, iaitu Datuk Japlin Akim.
No comments:
Post a Comment