PARTI Warisan pada hakikatnya tidak pernah diberi mandat oleh rakyat Sabah menjadi kerajaan, akan tetapi "by default" angkara perbuatan beberapa ADUN Barisan Nasional yang menarik sokongan kurang 24 jam selepas kerajaan ditubuhkan selepas PRU-14.
26 bulan menjadi kerajaan, kesan ketara, apabila pertumbuhan ekonomi daripada 8 peratus pada tahun 2017 yang diwarisi menurun ke 1.5 peratus pada 2018; 0.5 peratus pada 2019, dan negatif (-ve) 9.5 peratus pada 2020.
Sesebuah kerajaan dikategorikan gagal apabila tidak dapat mengurus ekonomi, kerana perekonomian merupakan asas berkembangnya kemajuan dan pembangunan.
Atas sebab merudumnya perekonomian negeri, maka majoriti ADUN menggerakkan menumbangkan kerajaan yang dipimpin Datuk Shafie Apdal pada Julai 2020, akan tetapi, Shafie enggan meletakkan jawatan, sebaliknya meminta persetujuan TYT membubarkan DUN untuk PRN-16 mengejut.
Untuk maklumat pembaca dan rakyat, semasa DUN Sabah dibubar 31 Julai 2020, pandemik Covid-19 sedang melanda negara.
Ekoran PRN tersebut, jangkitan Covid-19 menyebar dengan pantas, dan menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) berpanjangan.
Keengganan Shafie meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa, dihukum oleh pengundi Sabah pada PRN yang diadakan pada September 2020.
Keputusan PRN tersebut, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang disokong PN, BN dan PBS mendapat 38/73 kerusi, dan membentuk kerajaan, seterusnya melantik Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri.
Kerajaan yang ditubuhkan akan berakhir pada Oktober tahun ini, sesuai dengannya tamat tempohnya penggal ke-16 DUN Sabah.
Untuk mendapatkan kerajaan baharu, maka PRN-17 perlu diadakan, 60 hari selepasnya tamatnya penggal.
Pembubaran DUN boleh berlaku bila-bila, dan mungkin selepas Ketua Menteri melaksanakan Umrah, akan mendapat ilham berkaitan tarikh keramat tersebut.
Pun demikian, Ketua Menteri mempunyai pilihan samada memilih tarikh awal atau menunggu sehingga penggal DUN tamat dengan sendirinya.
Pada PRN nanti, tentunya rakyat akan membuat keputusan berpandukan pada pencapaian kerajaan dan pemimpin.
Rakyat Sabah mudah membuat rujukan, kerana telah merasai kerajaan yang dipimpin parti-parti Barisan Nasional, Warisan dan GRS.
Rakyat tentunya, akan memilih kerajaan dan pemimpin yang memenuhi citarasa mereka, selain, yang dapat menunaikan aspirasi dan harapan mereka.
Pada era ini, rakyat Sabah sedang merasai pencapaian Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Menerusi hala tuju tersebut, direkodkan pencapaian demi pencapaian, antara lain peningkatan kutipan hasil negeri, pertama sekali, kutipan hasil negeri melepasi angka RM5 bilion pada tahun 2021, iaitu RM5.449 bilion, kemudian melepasi angka RM6 bilion pada 2022, iaitu kepada RM6.96bilion, dan konsisten dengan angka di atas RM6 bilion, untuk tahun 2023, kepada RM6.973 bilion dan untuk tahun lepas juga hampir RM7bilion.
Pertumbuhan ekonomi telah positif bermula pada tahun 2021 dan terus berkembang dan tahun lalu mendekati 5 peratus.
Apabila pemimpin seperti Datuk Bung Moktar Radin, berkata, kerajaan GRS adalah kerajaan gagal, ertinya Ketua Umno Sabah itu selain tidak menggunakan data rasmi, akan tetapi hanya berpandukan hujah politik, untuk mengelirukan rakyat, untuk mendapat sokongan.
Bung, lupa sudah, bahawa kerajaan yang paling gagal adalah kerajaan Warisan, dan fakta tersebut, Bung masih gunakan pada PRU-15 pada November 2022. Namun, kini, selepas dipecat daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri pada Januari 2023, kesan gerakan menumbangkan kerajaan, nada bertukar, kepada mengautakan fakta yang betul.
No comments:
Post a Comment