Showing posts with label Parti Warisan. Show all posts
Showing posts with label Parti Warisan. Show all posts

Thursday, February 13, 2025

PARTI WARISAN TIDAK PERNAH MENANG PILIHAN RAYA

MENGAPA Datuk Seri Shafie Apdal, tidak merasa malu apabila terus berkata, Warisan tumbangkan Umno semasa Perdana Menteri daripada Umno, Ketua Menteri daripada Umno.

Datuk Seri Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri, kerana sokongan beberapa ADUN Umno dan UPKO, apabila beberapa ADUN tersebut menarik diri daripada kerajaan BN Plus yang dipimpin Tan Sri Musa Aman (kini Tun dan TYT Sabah) selepas kurang 48 jam Musa mengangkat sumpah bersama kabinet.

Walaupun Shafie diberi peluang oleh beberapa ADUN Umno dan UPKO menjadi Ketua Menteri, menerusi pintu belakang, akan tetapi pada PRN-16, Parti Warisan tidak mendapat sokongan rakyat, maka hilang lah jawatan Shafie sebagai Ketua Menteri.

Shafie masih tidak sedar, bahawa Parti Warisan yang beliau pimpin ditolak rakyat, kerana pada PRU-15, daripada 8 kerusi yang disandang, hanya 3 dimenangi semula, malah pada PRU tersebut timbalan Presiden dan Ketua pemuda parti itu gagal mempertahankan kerusi di Penampang dan Sepanggar.

Tidak sedar kah Shafie, pemimpin parti setinggi timbalan dan ketua pemuda kalah?

Menjelang PRN-17, Shafie dengan bonggaknya, akan menafikan kemenangan Ketua Menteri dan GRS. Menafikan, bukan bermakna Warisan menang.

Akan tetapi, Shafie mungkin terlepas padang, senario politik hari ini tidak sama semasa PRU-14, melainkan senario politik hari ini, adalah lanjutan daripada PRU-15.

Rakyat Sabah secara umum telah memutuskan bahawa Shafie dan Parti Warisan bukanlah pemimpin dan parti yang boleh membela untung nasib rakyat.

Kerajaan Parti Warisan selama 26 bulan merupakan kerajaan Sabah yang paling gagal pernah wujud. Maknakan tidaknya, pertumbuhan ekonomi menjunam kepada negatif 9.5%, rezab kewangan negeri merosot dengan tajam. Kerana kecenderungan ekonomi negeri menuju kemusnahan, maka 33 ADUN menarik sokongan pada Julai 2020, akan tetapi Shafie enggan meletakan jawatan, dan memilih membubarkan DUN.

Tindakan membubarkan DUN, rakyat Sabah memalukan Shafie, dengan menolaknya, dan tercipta lah sejarah, kerajaan tersingkat di Sabah malah negara ini.

Sunday, January 05, 2025

SEJARAH KERAJAAN SABAH: ERA WARISAN HAMPIR MUSNAHKAN EKONOMI NEGERI

PARTI Warisan pada hakikatnya tidak pernah diberi mandat oleh rakyat Sabah menjadi kerajaan, akan tetapi "by default" angkara perbuatan beberapa ADUN Barisan Nasional yang menarik sokongan kurang 24 jam selepas kerajaan ditubuhkan selepas PRU-14.

26 bulan menjadi kerajaan, kesan ketara, apabila pertumbuhan ekonomi daripada 8 peratus pada tahun 2017 yang diwarisi menurun ke 1.5 peratus pada 2018; 0.5 peratus pada 2019, dan negatif (-ve) 9.5 peratus pada 2020.

Sesebuah kerajaan dikategorikan gagal apabila tidak dapat mengurus ekonomi, kerana perekonomian merupakan asas berkembangnya kemajuan dan pembangunan.

Atas sebab merudumnya perekonomian negeri, maka majoriti ADUN menggerakkan menumbangkan kerajaan yang dipimpin Datuk Shafie Apdal pada Julai 2020, akan tetapi, Shafie enggan meletakkan jawatan, sebaliknya meminta persetujuan TYT membubarkan DUN untuk PRN-16 mengejut.

Untuk maklumat pembaca dan rakyat, semasa DUN Sabah dibubar 31 Julai 2020, pandemik Covid-19 sedang melanda negara.

Ekoran PRN tersebut, jangkitan Covid-19 menyebar dengan pantas, dan menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) berpanjangan.

Keengganan Shafie meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa, dihukum oleh pengundi Sabah pada PRN yang diadakan pada September 2020.

Keputusan PRN tersebut, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang disokong PN, BN dan PBS mendapat 38/73 kerusi, dan membentuk kerajaan, seterusnya melantik Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri.

Kerajaan yang ditubuhkan akan berakhir pada Oktober tahun ini, sesuai dengannya tamat tempohnya penggal ke-16 DUN Sabah.

Untuk mendapatkan kerajaan baharu, maka PRN-17 perlu diadakan, 60 hari selepasnya tamatnya penggal.

Pembubaran DUN boleh berlaku bila-bila, dan mungkin selepas Ketua Menteri melaksanakan Umrah, akan mendapat ilham berkaitan tarikh keramat tersebut.

Pun demikian, Ketua Menteri mempunyai pilihan samada memilih tarikh awal atau menunggu sehingga penggal DUN tamat dengan sendirinya.

Pada PRN nanti, tentunya rakyat akan membuat keputusan berpandukan pada pencapaian kerajaan dan pemimpin.

Rakyat Sabah mudah membuat rujukan, kerana telah merasai kerajaan yang dipimpin parti-parti Barisan Nasional, Warisan dan GRS.

Rakyat tentunya, akan memilih kerajaan dan pemimpin yang memenuhi citarasa mereka, selain, yang dapat menunaikan aspirasi dan harapan mereka.

Pada era ini, rakyat Sabah sedang merasai pencapaian Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Menerusi hala tuju tersebut, direkodkan pencapaian demi pencapaian, antara lain peningkatan kutipan hasil negeri, pertama sekali, kutipan hasil negeri melepasi angka RM5 bilion pada tahun 2021, iaitu RM5.449 bilion, kemudian melepasi angka RM6 bilion pada 2022, iaitu kepada RM6.96bilion, dan konsisten dengan angka di atas RM6 bilion, untuk tahun 2023, kepada RM6.973 bilion dan untuk tahun lepas juga hampir RM7bilion.

Pertumbuhan ekonomi telah positif bermula pada tahun 2021 dan terus berkembang dan tahun lalu mendekati 5 peratus.

Apabila pemimpin seperti Datuk Bung Moktar Radin, berkata, kerajaan GRS adalah kerajaan gagal, ertinya Ketua Umno Sabah itu selain tidak menggunakan data rasmi, akan tetapi hanya berpandukan hujah politik, untuk mengelirukan rakyat, untuk mendapat sokongan.

Bung, lupa sudah, bahawa kerajaan yang paling gagal adalah kerajaan Warisan, dan fakta tersebut, Bung masih gunakan pada PRU-15 pada November 2022. Namun, kini, selepas dipecat daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri pada Januari 2023, kesan gerakan menumbangkan kerajaan, nada bertukar, kepada mengautakan fakta yang betul.

Saturday, October 21, 2023

MEDSOS WARISAN-MAWAR CHANNEL- PERCAYA PEMBOHONGAN SENDIRI

WALAUPUN MAWAR CHANNEL untuk mereka yang percaya pada pembohongan sendiri, akan tetapi, apabila paparan mengaitkan Tan Sri Musa Aman sebagai latar pembohongan, maka diperlukan respons, agar golongan diluar kelompok pembohong terbaca paparan dalam channel itu tidak keliru.

Admin Mawar Channel seperti mana juga pemimpin Parti Warisan, tanpa menyebut nama Musa, seolah-olah mereka makan makanan tanpa garam. Ertinya, dimata mereka, mereka tidak mempunyai kesan apa-apa, tanpa menumpang pada nama Tan Sri Musa.

Kerana kalah pada PRN16 Sabah, maka mereka mencipta pembohongan, kononnya kerana Musa menyuntik RM500 juta dana pada GRS.

Walaupun tahu suntikan dana RM500 juta membantu GRS semasa PRN16 Sabah hanya rekaan dan tidak wujud, akan tetapi admin channel itu benar-benar percaya pada pembohongan sendiri. Apabila percaya dengan pembohongan sendiri, maka menganggap orang lain juga percaya.

Admin channel itu, kalau ada fikiran atau akal sedikit, RM500 juta itu bukan kecil. Jumlah wang itu jika digunakan pada pilihan raya Sabah ke-16, semua calon GRS menang tanpa bertanding, termasuk di DUN Senallang.

Oleh kerana channel itu, seperti kucing bermain dengan ekornya, maka sentiasa berkhayal dengan pembohongan sendiri.

Seperti juga Edisi Panas Sabah, apabila dapat menjual pembohongan, sehinggakan pelabur membatalkan hasrat melabur, dan apabila misi itu tercapai, maka edisi itu hilang tanpa kubur.

Kini, Admin channel itu, mencipta pembohongan baharu, bahawa Musa dan kumpulannya? cuba menjatuhkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor, dengan mengaitkan pemimpin yang suatu masa lalu adalah “rakan-rakan” Musa dalam politik dan kini bersama dengan Gagasan Rakyat.

Untuk makluman admin Mawar Channel Hajiji adalah pemimpin pilihan utama Musa sebagai pengganti.

Gerakan Julai 2020, jika Musa berjaya dilantik Ketua Menteri, maka hanya untuk 6 bulan, selepas itu, Hajiji akan mengambil alih. Oleh kerana Shafie membubarkan DUN, maka mempercepat Hajiji menjadi Ketua Menteri.

Musa adalah pemimpin yang mempunyai integriti yang tiada galang ganti. Sesiapa yang mengenali mantan Ketua Menteri itu, sebarang keputusan termasuk lisan, adalah satu perjanjian. Musa adalah seorang pemimpin yang memegang janji, seorang yang mengenang budi. Seorang pemimpin yang tidak mengkhinati kawan.

Pemimpin seperti Musa, tidak akan sanggup melihat, kemajuan Sabah yang dilakar menerusi HALA TUJU SABAH yang diperkenal pada tahun 2003, hancur berkicai hanya dalam tempoh 26 bulan ditangan Datuk Shafie Apdal.

Pertumbuhan ekonomi Sabah rata-rata 8 peratus setahun, tahun 2017 (8.7 peratus), menjunam 1.5 peratus pada tahun 2018, dan terus menjunam sehingga Negatif 9.2 peratus, pada tahun 2020, dan diwariskan kepada kerajaan GRS yang mengambil alih pada september 2020.

Kerana ekonomi Sabah menunju kemusnahan, maka Musa melakukan gerakan menumbangkan Kerajaan Warisan yang dipimpin Shafie, dan terbukti, Musa mendapat sokongan majoriti mudah pada 29 Julai 2020, namun Shafie enggan meletakkan jawatan sebaliknya membubarkan DUN.

Oleh kerana rakyat sedar, ditangan Shafie dan Warisan, ekonomi Sabah hancur, maka rakyat Sabah memberi mandat pada GRS membentuk kerajaan, dan melantik Hajiji Sebagai Ketua Menteri.

Isu tanah Pulau Balambangan yang dibocorkan oleh pegawai kerajaan yang bertindak gunting dalam lipatan, kemudian diputar belit termasuk ulasan daripada Datuk Aziz Jamman, Ketua Penerangan Warisan, bukan sahaja berunsur fitnah tetapi pembohongan bersiri amalan pemimpin parti itu, dan tentunya pendekatan para penyokong termasuk lah admin Mawar Channel.

Apabila gagal mencapai matlamat, maka mendakwa pula, individu yang bertindak sebagai gunting dalam lipatan itu ada kaitan menumbangkan Hajiji dikalangan pemimpin Gagasan Rakyat yang ada sejarah hubungan dengan Musa.

Kepada para pencacai Warisan termasuk admin Wawar Channel, pembohongan yang anda buat itu, tidak pun memberi sebarang kesan hubungan antara Musa dan Hajiji, kerana mereka sedar dan tahu, fitnah dan bohong adalah adalah trade mark pemimpin dan penyokong parti Warisan.

Kepada pemimpin dan penyokong Warisan termasuk Admin Mawar Channel, jangan lah cemburu dengan hubungan antara para pemimpin Gagasan Rakyat yang dipimpin Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.

Semua pemimpin dalam Gagasan itu bersetia sebagai satu pasukan, bagaikan lokomotif, ke mana hala tuju kepala, disitu lah gerabak akan bergerak. Tidak seperti parti Warisan, sebuah parti menuju matahari terbenam,menunggu untuk dikuburkan.

Parti yang berfaksi pada pembohongan untuk menarik sokongan rakyat, tidak akan ke mana-mana, seperti hubungan kabus dan gunung, hilang kabus nampak lah gunung.

Wednesday, November 10, 2021

AZIS JAMMAN DEDAH KEGAGALAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN


NASIB baik Azis Jamman- MP Sepanggar daripada parti Warisan, bukan lagi Timbalan Menteri dan sebahagian kerajaan, maka terdedah, perangai Kerajaan Persekutuan semasa di bawa Pakatan Harapan (PH).

Memang menjadi lumrah, sesuatu yang tidak betul, akan terbongkar akhirnya, walaupun ianya seperti kata peribahasa, rumah siap pahat berbunyi.

Tetapi mengapa, ianya didedahkan sekarang? Semasa membahas Bajet Tahun 2022? Mengapa tidak membongkarnya semasa membahas Bajet tahun 2019, Bajet Tahun 2020? Sedangkan semua yang didedahkan berlaku, semasa MP Sepanggar itu sedang nikmat dengan jawatan Timbalan Menteri?

Pembongkaran wakil rakyat Sepanggar tersebut, jelas,bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan begitu kejam terhadap Sabah. Persoalannya, mengapa semua wakil rakyat yang sewaktu dengan Azis bersungguh-sungguh menyokong PH, sehingga ketitisan darah terakhir? (Nota: sokongan Azis pada PH kali terakhir pada Ogos, 2021 semasa pemilihan Perdana Menteri ke-9).

Mungkin MP Sepanggar itu terantuk baru terngada, sedangkan rakyat Sabah yang bukan penyokong Parti Warisan dan Pakatan Harapan, telah menyadari dan tahu, semasa Kerajaan Pakatan Harapan yang bermenteri Kewangan Lim Guan Eng, peruntukan untuk Sabah hanya dinyatakan di atas kertas, akan tetapi, sebenarnya, peruntukan tersebut telah ditarik awal-awal lagi dan di pindahkan ke negeri-negeri yang dikuasai parti DAP dan PKR.

Laporan Audit tidak berbohong, dan Azis memanfaatkannya sebagai bahan hujahan di parlimen, untuk menjadi hero pada rakyat Sabah?. Hakikatnya, Azis sudah ketinggalan kereta api, selain tindakannya seperti meludah ke langit terpercik di muka sendiri.

Penulis sebenarnya, menunggu, pengakuan sendiri daripada anggota kabinet Pakatan Harapan daripada Sabah, bagai mana pelakuan Kerajaan era Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkaitan peruntukan untuk Sabah diagihkan.

Hakikatnya, agihan peruntukan untuk Sabah, tidak lancar bukan sahaja semasa era Pakatan Harapan,akan tetapi berdekad lamanya, termasuk lah semasa Presiden Warisan masih menganggotai kabinet Persekutuan, khususnya semasa beliau menteri KKLW. Peruntukan untuk kemudahan asas bagi Sabah, habis digunakan, akan tetapi tidak berbekas di lapangan, ada lah lebih buruk berbanding, agihan peruntukan tidak dibelanjakan, seperti mana hujah MP Sepanggar tersebut di Parlimen.

Hujah Azis, ada baiknya, kerana mendedahkan siapa mereka pada mata rakyat Sabah.

Friday, October 08, 2021

TIDAK MAHU TERTERIAK-TERIAK DI KEDAI KOPI- SEBAB DR YUSOF YAKOB SOKONG GRS


JIKA kekal sebagai ADUN pembangkang, beliau hanya mampu berteriak-teriak di kedai kopi, tetapi tiada apa-apa dilakukan untuk rakyat. Itu lah alasan ADUN Sindumin tersebut keluar daripada parti Warisan dan menjadi ADUN Bebas, Pro Kerajaan.

Sekurang-kurangnya Datuk Dr Yusof Yakob mengakui, bahawa ADUN pembangkang, tidak dapat membantu rakyat yang diwakili, dari segi pembangunan dan kemajuan.

Hakikatnya memang lah demikian. Wakil rakyat pembangkang, hanya mampu berteriak-berteriak, berhujah, seolah serba tahu, ibarat, ikan masin pun boleh berenang semula.

Tindakan ADUN Sindumin tersebut perlu menjadi iktabar pada rakyat atau pengundi, bahawa menyokong parti, yang tidak mendapat sokongan rakyat secara umum, ada lah sia-sia.

Parti Warisan, walaupun menang beberapa kerusi samada pada PRU-14 dan PRN-16, akan tetapi tidak dapat membentuk kerajaan, kerana secara umumnya rakyat atau pengundi Sabah tidak menyokong parti tersebut.

Parti Warisan tidak pernah diberi mandat oleh rakyat. Parti itu menjadi kerajaan selepas PRU-14, akibat pengkhianatan beberapa ADUN BN, daripada Umno dan UPKO, sehinggakan kerajaan yang dibentuk selepas PRU-14 tumbang.

Menjelang PRU-15 yang hanya melibatkan parlimen di Sabah, sekali lagi rakyat atau pengundi Sabah diingatkan, terutama yang di kawasan-kawasan yang dimenangi parti tersebut, untuk memikirkan semula sokongan mereka, kerana jika kekal menyokong calon-calon parti tersebut, tindakan mereka akan sia-sia, kerana hanya mampu berteriak-teriak di kedai kopi.

Nota: Secara rasmi pada Jumaat- 8 Oktober, Datuk Dr Yusof Yakob keluar daripada parti Warisan Sabah.

Sunday, October 03, 2021

PARTI WARISAN MENUJU KEHANCURAN


SEPERTI diramal, kewujudan parti Warisan, hanya untuk masa tertentu, dan tiada masa depan dalam politik Sabah.

Menang beberapa kerusi pada pilihan raya lalu, kerana faktor sentimen, dan harapan yang dilaungkan para pemimpin parti itu, sehingga ada rakyat yang terpengaruh.

Ada lah lumrah, harapan palsu dan khyalan, tidak akan bertahan lama, ibarat, hilang kabus nampaknya gunung.

Kini, salah seorang pemimpin utama parti itu dan bekas Menteri kabinet Warisan, telah keluar parti dan bertindak sebagai ADUN bebas pro Kerajaan.

ADUN Sindumin yang juga Ketua Penerangan parti itu mengistiharkan keluar parti berlambang perahu layar tersebut.

Bagi pendapat penulis, sudah tiba masanya para pemimpin atau wakil rakyat parti itu meninggalkan parti pimpinan Datuk Shafie Apdal tersebut, jika mereka mahu kekal relevan dalam politik Sabah.

Kerajaan negeri yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan kekal dalam masa lama, kerana pendekatan para pemimpin parti dalam gabungan tersebut sangat dekat dengan hati rakyat.

Apabila kita teliti, pendekatan para pemimpin GRS selain “down to earth” juga “walk the talk”, tidak mudah meluahkan janji, jika tidak dapat ditunaikan.

Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor, bertindak berasaskan keupayaan kerajaan. Sifat kepimpinan yang mengutamakan rakyat dibantu semua pemimpin dalam gabungan tersebut, samada mereka yang menjadi aggota kabinet negeri mahupun ADUN biasa.

Sangat jelas semasa pandemik Covid-19 dan program PICK, semua ADUN dan pemimpin dalam gabungan tersebut berganding bahu membantu rakyat yang terkesan.

Mungkin, teladan yang diberikan para pemimpin GRS, menjadi pemangkin pada Datuk Dr Yusof Yakob meninggalkan parti Warisan untuk menyokong kerajaan.

Yusof adalah pemimpin politik yang sangat berpengalaman, dan luas pengetahuan berkaitan aspirasi rakyat. Welcome to the club Datuk...

Blog Archive